suria

“Sungguh hebat kasih sayang Allah” - Reaksi terbaharu ‘Mr Grey’ selepas terlantar sakit

Fendy kini beransur sihat selepas dikatakan terkena penyakit misteri. FOTO: Instagram Fendy bakry.

PELAKON baharu yang kini menjadi 'trending' dalam drama Mr Grey iaitu Fendy Bakry mengucapkan terima kasih kepada peminat yang mendoakan kesihatannya.

Fendy, 30, yang dilaporkan mengalami sakit misteri akhir bulan lalu itu berkata dia reda dan menganggap ada hikmah d isebalik apa yang berlaku terhadap dirinya itu.

“Sungguh hebat kasih sayang Allah buat hambanya. Tak pernah meminta dan dipinta. Tapi Allah sentiasa memberikan pada yang dikehendakiNya.

“Terima kasih buat semua yang mendoakan kesihatan dan juga yang sokong kerjaya saya tanpa jemu. Nilai kasih sayang anda semua saya simpan sebaiknya. Moga ada hikmah dan rahmat disebalik semua ini,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kakak sahkan ‘Mr. Grey’ sukar bercakap, kesihatan semakin lemah

Dia memuat naik status di Instastory pada petang Khamis.

Fendy yang memegang watak sebagai Mr Grey bersama gandingannya iaitu Eyra Hazali. FOTO: Instagram Fendy Bakry.

Sebelum ini, Fendy dilaporkan mengalami sakit kepala dan lemah badan sewaktu menjalani penggambaran drama Mr Grey terbitan Global Station yang kini sedang masih disiarkan Astro Ria.

Dalam sebuah laporan terbitan mStar Online, kakaknya Fahaniza berkata, Fendy berada di kampung halamannya di Perlis bagi mendapatkan rawatan perubatan secara Islam.

Dia dikatakan berada dalam keadaan lemah sehingga tidak mampu menjawab panggilan telefon.

Sebelum ini Fendy sudah mendapatkan rawatan pakar di hospital namun keadaannya masih sama.

Mr Grey turut menampilkan Eyra Hazali dan drama bersiri itu dijangka berakhir pada 10 Mei ini.

Ia disiarkan pada setiap hari Isnin sehingga Khamis bermula pukul 10 malam di Astro Ria.

Mr Grey, Fendy Bakry

Artikel Lain