suria

Hari jadi, ulang tahun perkahwinan Fahrin meriah kerana PRU14

Hari lahir dan ulang tahun perkahwinan Fahrin jatuh pada hari mengundi. Foto: SHAARI CHEMAT.


PELAKON Fahrin Ahmad menyambut hari kelahiran yang ke 39 tahun dan ulang tahun perkahwinannya ketiga pada tarikh mengundi Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14).

Fahrin, 39, berkata sempena sambutan dua hari istimewa itu seluruh rakyat Malaysia turut meraihkannya dengan meriah.

Malah, pelakon filem Pilot Cafe ini berharap tidak kira apa sahaja keputusan PRU14 Malaysia tetap harmoni, aman dan saling menghormati satu sama lain.

"Terima kasih Malaysia. Sempena hari jadi saya ke 39 dan ulang tahun perkahwinan ketiga. Semua rakyat Malaysia tak kira bangsa dan usia meraikannya dengan meriah.

Fahrin sambut hari lahir dan ulang tahun perkahwinan sama tarikh dengan PRU14.

"Cuti umum, pulang ke kampung, tol percuma, keluar beramai-ramai, bendera berwarna-warni.

"Saya juga harap di hari jadi saya ini Malaysia penuh harmoni, aman, saling menghormati tak kira apa keputusannya.

"Undilah parti-parti anda dengan bijak, hari ini saya undi birthday party. Selamat mengundi," kata Fahrin di laman Instagramnya.

Rata-rata pengikutnya di laman sosial turut memberi ucapan selamat hari lahir dan mendoakan Fahrin sentiasa dimurahkan rezeki serta berbahagia disamping orang tercinta.

Fahrin disamping isteri dan anaknya.

Dalam pada itu, Fahrin juga mengucapkan terima kasih dan meluahkan rasa gembira kerana kemungkinan sambutan itu hanya akan berlaku sekali dalam seumur hidupnya.

"9 Mei 2018. Terima kasih terima kasih terima kasih. Mungkin birthday dan anniversary sebegini hanya sekali dalam seumur hidup saya," katanya.

Fahrin berkahwin dengan isterinya, Elena Hani Eleas pada 9 Mei 2015 dan pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Khalifa Fahrel yang kini berusia dua tahun.

Fahrin Ahmad

Artikel Lain