suria

Shakilla Khoriri rasa tak layak dapat suami seperti Fizi Ali

Shakilla memuat naik kapsyen romantik buat suaminya, Fizi Ali. Foto Instagram @shakillakhoriri & @fizialisuria

PELAKON Shakilla Khoriri berasakan dirinya tidak layak untuk mempunyai pasangan hidup seperti suaminya, Fizi Ali yang disifatkan sebagai seorang lelaki budiman.

Shakilla, 29, berkata, dia berasakan Fizi yang juga penyampai radio Suria FM berhak untuk mendapat yang lebih baik seperti mana dikatakan oleh orang disekelilingnya.

"Hidup ni tak adil. Betul. Macam mana lelaki baik macam you ditakdirkan dengan perempuan macam I?

"You deserved better, macam ramai orang cakap," tulisnya di Instagram.

Pasangan ini baru sahaja pulang daripada bercuti di Sabah.

Shakilla memuat naik status tersebut berserta video ketika pasangan itu bercuti di Sabah, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Shakilla berkata, dia mungkin tidak dapat menjadi yang terbaik namun berjanji kehidupan Fizi akan sentiasa gembira disampingnya.

Malah pelakon drama bersiri Papa Ricky itu turut memberikan penghargaan kepada Fizi yang sentiasa melayan karenah dan menjaganya dengan baik.

Pasangan romantik Fizi dan Shakilla.

"Tapi you untung dapat jadi kawan baik I sebab walau I tak mungkin akan jadi terbaik dalam hidup you tapi hidup you akan sentiasa best selagi you dengan I.

"Terima kasih untuk segalanya. Terima kasih kerana menjaga saya dengan baik. Terima kasih kongsi semuanya dengan saya," ujarnya.

Rata-rata pengikut Shakilla di laman sosial tersentuh hati membaca kapsyen tersebut dan menganggap dia seorang yang sangat romantik.

Fizi dan Shakilla berkahwin pada 18 Februari lalu. Mereka mengikat tali pertunangan terlebih dahulu pada 16 Julai tahun lalu selepas empat tahun bercinta.

• So kali ni boleh kira pertama kali balik holiday dan tak berpisah. (Balik rumah masing2) . Balik bercuti dan balik rumah KITA. ?☝? . Banyak benda sangat i dah share dengan you. Hidup i akan sentiasa dengan you ke lepas ni? Bosan ar ?? . Hidup ni tak adil. Betul. Macam mana lelaki baik macam you ditakdirkan dengan perempuan macam i ? You deserved better, macam ramai orang cakap. . Tapi you untung dapat jadi best friend i sebab walau i tak mungkin akan jadi yang terbaik dalam hidup you tapi hidup you akan sentiasa BEST selagi you dengan i. . Thank you for everything. Thank you for taking good care of me. Thank you for sharing everything with me. . . Tak.....masih tak sayang you. . @fizialisuria ?? . . . ???????????????????

A post shared by SHAKILLA KHORIRI (@shakillakhoriri) on

Shakilla Khoriri, Fizi Ali

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain