suria

Apa tujuan Brian berpuasa? Bukan dapat pahala... Ini penjelasannya!

Brian hanya ingin berkongsi tips untuk orang yang berpuasa. Foto: SIA HONG KIAU.

KEMERIAHAN menyambut bulan Ramadan tidak hanya dinikmati oleh umat Islam, malah ia turut dirasai oleh pengacara Brian Chen yang berbangsa Cina.

Memasuki tahun keempat berpuasa, masih ada lagi netizen yang mempertikaikan niat sebenar Brian atau lebih dikenali sebagai abang Brian, 32, melakukan aktiviti itu.

Kata Brian, niat dia berpuasa untuk berkongsi pengalaman dan tip yang boleh dimanfaatkan bersama.

"Saya pernah tanya ustaz, apabila kita lakukan kebaikan dengan niat yang betul pahala tu dikutip macam dalam akaun bank.

"Bila dah terima hidayah dan diterima agama, jumlah akaun bank tu akan ditukar sekali kata ustaz Hamizul.

Brian memuat naik paparan skrin komen daripada netizen.

"Niat saya hanya untuk kongsi tip bagi mereka yang berpuasa moga-moga dapat dimanfaatkan dalam semangat bermasyarakat," tulis Brian.

Brian membuat penjelasan tersebut menerusi Instagramnya dengan memuat naik paparan skrin komen netizen yang mengatakan dia seolah-olah ingin mencari publisiti murahan.

"Apa niat kau bersahur dan berpuasa? Bukan dapat pahala pun. Islam pun tak.

"Kalau setakat nak minta puji atau publisiti murahan baik tak payahlah," komen pemilik akaun palsu bernama Jeyst_tan.

Bagaimanapun, bekas peserta program Masterchef Malaysia ini tidak 'melatah' dan memohon maaf jika terkasar bahasa sehingga ada yang terasa hati.

Brian memohon maaf jika terkasar bahasa.

"Kalau saya terkasar dan ada yang terkesan saya minta maaf ya," kata Brian.

Rata-rata pengikut di laman sosial meminta Brian untuk mengabaikan komen negatif itu dan ada yang mendoakan agar bekas penyampai radio Suria FM ini diberi hidayah.

Brian antara selebriti tempatan bukan Islam yang turut berpuasa dan sentiasa berkongsi resepi berbuka puasa serta bersahur di laman Instagram dan blognya.

Sebelum ini, Brian pernah mengeluarkan kenyataan enggan memberi jawab bagi soalan mengenai hidayah kerana baginya, ia adalah milik Allah.

Brian Chen

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain