PENYANYI Elly Mazlein meluahkan rasa kecewa apabila bekas suami Azmi Hatta dipercayai mahu memisahkan dia dengan anak mereka Putri Sara Sefhia yang kini berusia dua tahun. Elly atau Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 38, mendedahkan pengarah drama itu kononnyai masih berdendam dan menganggu kehidupannya anak beranak selepas mereka bercerai. "Azmi Hatta sangat kejam punya impian nak pisahkan kakak Lina dengan Manja (Sefhia). Tidak tahu bila agaknya Azmi nak move on. "Sepatutnya ikut logik, kakak Lina la yang patut berdendam sebab Azmi dan nikah, ada anak dan keluarga sempurna," ujarnya di Instagram. Menerusi video yang dimuat naik pada Isnin itu juga, Elly memberitahu, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam telah menolak tuntutan yang difailkan bekas suaminya terhadap hak penjagaan anak mereka. Menurut Elly, suami aktres Faye Kusairi itu juga mendakwa dia sebagai ibu tidak bertanggungjawab terhadap kanak-kanak itu. "Alhamdulillah, mahkamah tolak tuntutan Azmi untuk penjarakan saya. Salah satu alasan adalah kakak Lina seorang ibu yang tidak bertanggungjawab kepada Sefhia," tulisnya. Assalamualaikum semua . Alhamdulillah di bulan yg Mulia kakak lina dpt keadilan . Syukur Alhamdulillah . Mahkamah tolak tuntutan @azmi_hata utk Penjarakan kakak lina . Salah 1 alasan @azmi_hata adalah , azmi kata kakak lina mama yg tidak bertanggungjwb kpd Sefhia ? . @azmi_hata sgt kejam punya impian nak pisahkn kakak lina dgn manja . X tahu la bile agaknya @azmi_hata nak move on . Sepatutnya ikut akal logic, kakak lina la yg lebih patut berdendam sebab @azmi_hata dah nikah, dah ada baby, keluarga sempura . Klu nak di bandingkan dgn kakak lina selepas bercerai smpai skrg belum bernikah , hanya ada sefhia dan menjaga abah .. mama da meninggal . Mereka lebih sempurna tetapi mengapa mereka masih berdendam dan tidak abis2 nak seksa & kacau kehidupan kami 3 beranak . Xpe dugaan utk kakak lina .. InsyaAllah kakak lina x akn mngalah . Lepas ni kakak lina akan usahakan pula, nak usulkan cadangan utk meminta pihak produksi yg @azmi_hata sedang bekerja utk meminta pihak produksi tersebut memotong gaji @azmi_hata setiap bulan utk pembayaran nafkah sefhia yg hanya rm1500 . @azmi_hata wajib memberi nafkah kepada sefhia.. kakak lina bersyukur dan kakak lina mampu sara sefhia dgn rezki yg Allah bg ni, InsyaAllah ..cuma kakak lina nak @azmi_hata bertanggungjwb kpd sefhia .. tu duit sefhia, hak dia . Moga kisah kakak lina menjd iktibar buat semua . Tq buat En Mahyuddin selaku peguam kakak lina yg telah menjlnkan tugas dgn baik sekali..syukur rezki kita . Buat @azmi_hata Nak nikah berderet boleh.. nak anak ramai boleh.. tp bayarlah nafkah anak . Dah la duit hantaran nikah dulu pun kakak lina x dpt.. duit iddah selepas bercerai pun x dpt .. tp kakak lina x kisah , kakak lina halal kan . Tp duit manja kau jgn buat hal ye .. aku panggil #hanani rambut kuih lompang coklat gi jumpa kau , baru kau tau A post shared by ?ELSefhia ? (@iamellymazlein) on May 20, 2018 at 7:15pm PDT Sementara itu, Elly berkata, bekas suaminya itu tidak wajar berasa iri hati dan berdendam kerana sehingga kini dia masih menjalani kehidupan solo serta mempunyai tanggungjawab menjaga anak dan ayahnya. Malah, katanya kehidupan yang dijalani oleh Azmi jauh lebih sempurna selepas berkahwin dengan Faye dan baharu menimang cahaya mata. "Kalau nak dibandingkan selepas bercerai sampai sekarang kakak Lina belum bernikah, hanya ada Sefhia dan menjaga abah. "Mereka lebih sempurna tetapi mengapa mereka masih berdendam dan tidak habis-habis nak seksa dan kacau kehidupan kami tiga beranak," ujarnya. Pengacara Mentor Otai ini juga mengingatkan Azmi untuk mengutamakan tanggungjawab dalam membayar nafkah kepada anak mereka. Azmi bersama isterinya Faye Kusairi. Ujarnya, biarpun dia mempunyai kemampuan untuk menjaga anak itu sendiri, namun wang nafkah adalah hak yang patut diterima oleh anaknya. "Lepas ni kakak Lina nak usahakan usul cadangan untuk meminta pihak produksi yang Azmi sedang bekerja untuk meminta pihak produksi tersebut memotong gajinya setiap bulan untuk membayar nafkah Sephia hanya RM1,500. "Buat Azmi, nak nikah berderet boleh, nak anak ramai boleh tapi bayarlah nafkah anak," katanya. Sementara itu, Azmi yang dihubungi mStar Online bagi menjelaskan perkara itu tidak mengangkat panggilan telefon dan membalas mesej di aplikasi Whatapps. Elly berkahwin dengan pengarah drama, Azmi Hatta pada 9 November 2014 namun mereka mengambil keputusan untuk bercerai pada 15 Oktober 2015. Azmi kemudian berkahwin dengan Faye Kusairi pada 9 April 2017 dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di kondominium D'Pines, Jalan Ampang dengan dihadiri ahli keluarga terdekat.