VIDEO lucah yang memperlihakan individu mirip Syafiq Kyle melakukan perkongsian sembang video bersama seorang individu dikenali sebagai Mira masih menjadi bualan hangat netizen. Rata-ratanya mahu penjelasan daripada pelakon itu sendiri dan siapakah gerangan individu bernama 'Mira' itu. ARTIKEL BERKAITAN: Video lucah mirip Syafiq Kyle dijual RM20 Malah, jurusolek artis, Aizat Abdul Razak yang banyak berkongsi video dan fotonya bersama Syafiq yang disunting dan dimuatkan di Instagram miliknya turut terkena tempias. Bagaimanapun, Aizat menafikan dirinya adalah individu bernama Mira dan menyebarkan video tersebut. Menurutnya, tindakan segelintir pihak yang menuduhnya adalah fitnah kerana dia masih waras untuk melakukan perkara tidak berfaedah itu. Aizat berharap netizen berhenti memfitnah dia sebagai wanita yang dikenali sebagai Mira. "Berhentilah tanya soalan bukan-bukan. Suara 'kepit' pondan semua lebih kurang sama. Tapi kalau nak diikutkan, memang suara saya kepit pun lain sikit. "Aiyooo apa masalah mereka yang cakap saya pula. Mentang la kebelakangan ni saya rajin live IG dan ada 'drama yg terselit'. "Ingin saya tegaskan BUKAN SAYA yang rakam atau sebarkan video tu. Kalau tak percaya buat la Voice Tracker/Test. Lain suara kepit saya," tulis Aizat. Aizat memuat naik status penjelasan tersebut menerusi laman Instagramnya dan berharap netizen berhenti menuduh dia adalah dalang di sebalik tersebarnya video tersebut yang memperlihatkan Syafiq melakukan aksi tidak senonoh. Menurut Aizat lagi, dia pernah menonton video tersebut sebelum ini namun tidak pernah menyimpan atau menyebarkan sebab tidak mengetahui kesahihan perkara itu. Antara foto bersama Syafiq yang disunting Aizat dan dimuat naik di Instagramnya. Aizat turut menegaskan agar netizen berhenti melibatkannya dan biar pihak yang sepatutnya menyiasat perkara itu. "Video tu saya dah tengok lama dah. Cuma saya tak pernah simpan dan sebarkan sebab kita tak tahu kesahihan. "Kalau saya la orangnya dah kenapa la saya nak aibkan diri sendiri. Gila ke apa. Orang zaman sekarang ni suka tunding jari. "Benda tak sahih pun nak kongsi. HARAP FAHAM. Jangan libatkan saya. Biar la orang yang selayaknya siasat jangan la burukkan keadaan," ujarnya. Sejak malam Ahad, pengguna Twitter mula membicarakan video yang memperlihakan individu mirip pelakon drama Nur itu melakukan perkongsian sembang video bersama seorang individu dikenali sebagai Mira. Ramai yang mengandaikan indvidu itu seorang maknyah. Video seorang lelaki menyerupai Syafiq menjadi tular di Twitter. Menerusi video tersebut ia menyaksikan lelaki berkenaan sedang berbual tentang perkara yang tidak senonoh selain dia mengajak individu itu untuk melakukan hubungan seks sekiranya mereka berjumpa. Video berdurasi kira-kira dua minit itu mula tersebar dan menjadi perbincangan hangat termasuklah ada pihak yang berhasrat menjual versi penuh kepada netizen. Terdapat pemilik akaun Instagram turut mendakwa memiliki dua lagi video sambungan dan menawarkan untuk dijual kepada sesiapa yang berminat dengan harga RM20.00.