suria

Bertudung atau tidak... Tuhan akan mendorongnya - Siti Sarah

Peminat puji dan suka melihat Sarah memakai tudung. Foto Instagram: @sitisarahraissuddin.

PETALING JAYA: Penyanyi Siti Sarah menganggap keputusan untuk kekal bertudung atau tidak akan dibuat kemudian iaitu selepas pulang dari umrah.

Sarah atau nama sebenarnya Siti Sarah Raisuddin, 34, berkata dia enggan menjelaskan perkara itu lebih lanjut kerana Tuhan yang mendorongkannya.

"Baik buruk semua dari Allah. Jadi, apa segala yang kita lakukan pun berbalik pada-NYA. Saya tak boleh cakap jangkaan orang macam mana.

ARTIKEL BERKAITAN: Sarah, Shuib tinggalkan anak demi kekasih

"Yang menentukan adalah DIA," kata Sarah kepada mStar Online baru-baru ini sebelum berangkat ke Tanah Suci, Makkah bagi menunaikan umrah.

Sarah dan Shuib baru sahaja pulang dari menunaikan umrah pada Ahad.

Sarah dan Shuib serta ibu mertuanya menunaikan umrah pada 14 Mei lalu dan pulang ke Malaysia pada Ahad lalu.

Menerusi laman Instagram Sarah ada memuat naik foto terbaharu dia bertudung dan mendapat pujian peminatnya.

Rata-ratanya mengatakan penyanyi lagu Semakin ini kelihatan manis berhijab dan mereka berharap imej tersebut akan dikekalkan.

Sudah menjadi kebiasaan Sarah memakai tudung pada bulan Ramadan sejak beberapa tahun lalu bagi menghormati bulan mulia ini.

Foto terbaharu yang dimuat naik Sarah bersama anaknya, Matin.

Dalam pada itu, sepanjang bulan Ramadan ini juga Sarah sibuk membuat persiapan untuk mini konsertnya yang bakal diadakan di Kuala Lumpur pada Julai depan.

Menurut Sarah, dia berasa sedikit gementar disebabkan sudah 11 tahun tidak mengadakan konsert seperti itu.

"Raya tahun ini mungkin tak rasa sangat sebab kena bersiap sedia dengan showcase yang akan diadakan pada Julai depan. Saya dah mula buat persiapan.

"Disamping berpuasa, latihan untuk konsert ini juga dah mula dijalankan. Agak menakutkan juga sebab dah 11 tahun tak buat.

"Sebelum ini, saya cuma nyanyikan paling banyak lapan lagu. Konsert mini lebih banyak lagu sebab berdurasi selama satu jam setengah," ujarnya.

Siti Sarah, Shuib

Artikel Lain