KONTROVERSI video lucah dipercayai mirip Syafiq Kyle menjadi semakin panas apabila muncul seorang individu yang menggunakan nama akaun Faizi Khairuddin dipercayai bertanggungjawab menyebarkan beberapa klip video kononnya milik pelakon itu. Faizi menerusi laman sosial miliknya mengakui melakukan perkara tersebut dengan niat untuk membalas dendam terhadap pelakon drama Nur tersebut. Selain itu, dia juga pada malam Isnin memuat naik paparan skrin mesej yang dihantar dari akaun Instagram aktor berkenaan yang merayu agar video itu dipadam dengan segera. ARTIKEL BERKAITAN: Video lucah mirip Syafiq Kyle dijual RM20 ARTIKEL BERKAITAN: “Saya bukan Mira dalam video lucah Syafiq Kyle” - Jurusolek Video tersebut mula dikongsi sejak Ahad. ARTIKEL BERKAITAN: Akaun IG palsu sebar fitnah terhadap Syafiq Kyle Bagaimanapun paparan skrin itu dihapuskan selepas ia menerima kecaman netizen yang menganggap sebagai membuka aib pelakon berkenaan. Selain itu, mesej yang dihantar dari akaun Instagram Syafiq Kyle iaitu Syafiq Kylez itu juga dipercayai bukan ditulis aktor berkenaan, malah akaun Faizi itu dipercayai merupakan akaun palsu yang dibuat untuk merosakkan reputasi pelakon berkenaan. Menerusi Instastory, pemuda ini juga turut membalas komen seorang individu yang menuduh tindakannya itu seperti mahu membalas dendam. “Aku dah cakap jangan mencari fasal dengan aku,” tulisnya. Sehingga kini tidak pasti punca lelaki itu bertindak sedemikian. Syafiq Kyle Sejak malam Ahad lalu, pengguna Twitter mula membicarakan video yang memperlihakan individu mirip pelakon drama Nur itu melakukan perkongsian sembang video bersama seorang individu dikenali sebagai Mira. Menerusi video tersebut ia menyaksikan lelaki berkenaan sedang berbual tentang perkara yang tidak senonoh selain dia mengajak individu itu untuk melakukan hubungan seks sekiranya mereka berjumpa. Video berdurasi kira-kira dua minit itu mula tersebar dan menjadi perbincangan hangat termasuklah ada pihak yang berhasrat menjual versi penuh kepada netizen. Terdapat pemilik akaun Instagram turut mendakwa memiliki dua lagi video sambungan dan menawarkan untuk dijual kepada sesiapa yang berminat dengan harga RM20.00. Sehingga kini pelakon masih belum tampil memberi sebarang kenyataan berkaitan isu tersebut.