suria

“Saya tak seteruk tu nak ke kelab malam bulan Ramadan” - Eyka Farhana

Eyka nafi ke kelab malam.

PELAKON Eyka Farhana menafikan bahawa dia berhibur ke kelab malam pada bulan Ramadan selepas memuat naik sebuah foto beberapa hari lalu.

Sebaliknya, Eyka atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, 23, berkata, foto tersebut dirakam ketika menjalani penggambaran sebuah drama berjudul Banteras.

"Saya tidak pergi kelab malam pada bulan Ramadan, saya tidak seteruk itu.

"Ia hanya penggambaran sebuah drama, ada babak berhibur di kelab malam. Namun pihak produksi pun tidak ke kelab malam sebenar, mereka hanya buat mock up set seperti dalam sebuah kelab sahaja," ujarnya kepada mStar Online.


Foto yang dimuat naik didakwa ke kelab malam.

Pelakon filem Polis Evo ini berkata demikian selepas foto yang dimuat naik di Instagram miliknya menerima kecaman netizen apabila disangka berkunjung ke kelab malam.

Bagaimanapun, Eyka berkata, mungkin dia tidak meletakkan penjelasan pada kapsyen berkenaan membuatkan pengikut laman sosialnya tersalah anggap.

"Saya ada hastag nama watak dan drama tapi mungkin sebab saya tidak jelaskan di kapsyen membuatkan netizen salah tafsir," ujarnya.

Sementara itu Eyka berkata, dia bersyukur dapat berlakon bersama aktor idolanya Khir Rahman dalam drama berkenaan yang bakal ditayangkan di Astro Ria.

"Seronok dapat berlakon Khir Rahman kerana dia banyak beri tunjuk ajar dan selama ini pun saya memang minat melihat lakonannya yang bersahaja," ujarnya.

Eyka Farhana

Artikel Lain