suria

Kisah hitam itu buat Shukri Yahaya jarang muncul

Shukri pernah berasa tertekan apabila orang sekelilingnya menganggap kontroversi yang melandanya dengan serius. Foto: M. AZHAR ARIF.

PELAKON Shukri Yahaya mahu melupakan kontroversi yang pernah dilaluinya pada tahun lalu kerana ingin menjaga hati isteri, anak dan keluarganya.

Shukri atau nama sebenarnya Mohd Shukri Yahaya, 30, berkata dia pernah rasa tertekan apabila orang sekeliling menganggap perkara yang terjadi pada dirinya itu sebagai serius.

Disebabkan itu juga, Shukri memencilkan diri dan jarang menghadiri majlis atau acara hiburan selepas apa yang berlaku kepadanya.

"Tambah-tambah pula saya sudah berkahwin, punyai isteri, anak dan keluarga yang perlu dijaga hati. Jujurnya itu sejarah hitam yang saya nak lupakan.

"Saya jadi lebih tertekan apabila orang sekeliling menganggap perkara itu serius dan ia menyusahkan saya hingga membuatkan saya mendiamkan diri.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita Dedah Mesej Digoda, Shukri Yahaya Jawab!


Shukri tidak mahu mengingati kontroversi yang membabitkannya pada tahun lalu.

"Saya lebih bermuhasabah diri dan jarang turun ke acara hiburan sebab takut tersalah cakap. Tapi paling sukar untuk saya mendapatkan semula kepercayaan isteri," katanya kepada mStar Online.

Pada awal Jun tahun lalu, seorang gadis bernama Sarah Danielle membuat pendedahan Syukri pernah menggodannya menerusi aplikasi WeChat.

Sarah mendakwa Shukri menghantar kiriman mesej tidak senonoh termasuk meminta untuk melihat buah dadanya.

Bagaimanapun, Shukri telah menafikan perkara terbabit.

Shukri Yahaya.

Baru-baru ini pula, tular skandal rakaman video panas seorang pelakon mirip Syafiq Kyle bersama wanita bernama Mira.

Menurut Syukri, dia memahami perasaan Syafiq kerana mereka melalui sejarah hitam yang lebih kurang sama.

Kata pelakon drama Andainya Takdir ini, dia kini lebih berhati-hari dalam setiap tindakan yang dilakukannya terutama di media sosial.

Shukri juga banyak menghabiskan masa dengan bekerya kerana enggan mengingati sejarah hitam yang membabitkannya.

"Saya banyak habiskan masa dengan bekerja supaya saya tidak ingat lagi perkara hitam itu. Apa yang terjadi kepada seorang pelakon lelaki baru-baru ini sama seperti yang pernah saya rasai pada bulan yang sama tahun lepas.

"Jadi, sedikit sebanyak saya dapat rasakan apa yang dia rasa. Individu yang melaluinya akan menjadi lebih matang dan berjaga-jaga," ujarnya.

Shukri Yahaya, Syafiq Kyle

Artikel Lain