PELAKON Eyka Farhana memberitahu dia beraya di Narathiwat, Thailand selepas hampir 17 tahun tidak pulang ke kampung neneknya di negara jiran itu. Eyka atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, 23, berkata, perbezaan suasana beraya di negara itu membuatkan dia teruja terutama apabila sudah lama tidak bertemu sanak-saudara. "Tahun ini saya akan balik ke kampung belah ayah saya di Narathiwat Thailand. Lama dah tak balik, kali terakhir balik kampung ketika saya darjah satu. "Susah nak ke kampung itu kami perlu menaiki sampan," ujarnya kepada mStar Online. Eyka Farhana teruja beraya di Thailand. Eyka berkata, keluarga sebelah ayahnya berasal dari Thailand yang berhijrah ke Kelantan. Dalam pada itu, kata pelakon Juvana ini, perbezaan makanan dan kuih-muih sudah tentu menjadi tarikan beraya di sana. "Saya dah lupa kuih muih apa tapi sudah pasti ia berbeza dari Malaysia. Apa yang penting saya dapat jumpa ahli keluarga belah ayah yang sudah lama tidak bertemu," ujarnya.