suria

Khai Bahar pakai baju raya diberi peminat

Khai Bahar, FOTO THE STAR Shaari Che Mat.

PENYANYI Khai Bahar memberitahu dia tidak membeli baju raya untuk dirinya sendiri pada tahun ini berikutan menerima banyak hadiah daripada peminat. 

Khai, 24, berkata, dia berterima kasih dan akan cuba untuk memakai baju-baju tersebut pada musim perayaan ini. 

"Alhamdulillah, banyak sangat peminat bagi baju raya. Saya tidak perlu membazir untuk beli baju raya lagi.

"Tapi saya beritahu mereka raya pertama saya terpaksa pakai baju raya daripada penaja Starvilion dan selepas itu baru saya pakai baju yang mereka berikan jika ada majlis-majlis hiburan," ujarnya.

Khai berkata, dia hanya membelikan baju raya untuk ibu dan ayahnya serta adik yang belum berkahwin sahaja.

Khai tiada perancangan anjur rumah terbuka.

Tambahnya, dia dan keluarga menggayakan baju tema berwarna ungu pada tahun ini.

Sementara itu, Khai berkata, dia bercuti selama lapan hari dan pulang ke kampung halamannya Perlis pada 12 Jun ini.

Tambah Khai, tahun ini dia tidak mempunyai perancangan untuk membuat majlis rumah terbuka untuk peminatnya berikutan cuti yang singkat.

"Tahun lepas saya buat rumah terbuka dan ramai peminat hadir. Tapi tahun ini saya tidak rancang apa-apa lagi kerana tiada masa.

"Tapi saya mengalu-alukan jika ada peminat yang datang untuk beraya," ujarnya.

Khai Bahar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain