suria

Tuah Abby Abadi... Pagi luah mahu anak, tengah hari dah dapat!

Abby ambil anak angkat lelaki.

PELAKON Abby Abadi meluahkan rasa syukur apabila hasratnya untuk mengambil anak angkat dimakbulkan Allah selepas beberapa jam memuat naik di media sosial.

Perkara tersebut turut dikongsi oleh bekas suaminya iaitu Norman Hakim di Instagram yang mengucapkan tahniah kepada bekas pelakon Gerak Khas itu.

"Rezeki Allah... baru je pagi tadi mama @abby_abadi112 luahkan hasrat dia nak anak dan tak sampai tengah hari ni Allah makbulkan permintaan dia. Allahu comel sangat bayi ni dah macam seiras adik beradik dia yang lain.

"Welcome onboard anak... Awish & Kikim pun masa nak berpisah tadi menangis melalak-lalak tak nak tinggalkan baby ni. Semoga Allah SWT memberkati permulaan silaturahim ini," tulisnya.

Abby lauhkan hasrat untuk ambil anak angkat.

Sementara itu, Abby atau nama sebenarnya Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan, 41, bersyukur menerima bayi lelaki itu selepas bertanya di media sosial.

Abby berkata, bayi berkenaan diambil ketika berusia sembilan hari.

"Rezeki. Terima kasih. Dah dapat baby boy. Bila (apabila) Allah nak bagi... Syukur. Doakan semoga segala urusan dokumentasi dipermudahkan.

"Ambil bayi yang baru berusia sembilan hari ini terus gi shopping beli barang bayi terserempak Oman (Norman), Memey & anak-anak kat Wangsa Walk," ujarnya.

Dia turut memilih nama Muhammad Daiyan Fayyadh untuk bayi berkenaan.

Tambah Abby, dia juga kini sedang berusaha untuk menyusukan bayi berkenaan untuk membolehkan dia menjadikan dirinya sebagai ibu susuan.

"InsyaAllah, saya usaha untuk susukan bayi ni. Saya fikirkan lama dah semua tu," ujarnya.

Menerusi perkahwinan terdahulu dengan Norman Hakim, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, 15, Marissa Dania Hakim, 14, dan Maria Danisha Hakim yang berusia 10 tahun.

Mereka bercerai pada tahun 2008.

Abby kemudiannya bertemu jodoh dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 25, pada 2013 sebelum bercerai selepas 11 bulan berumah tangga.

Dia kemudian berkahwin dengan Muhammad Faizal Zakaria pada 14 Ogos 2015 dan bahagia sehingga kini.

Abby Abadi

Artikel Lain