suria

Norman, Memey pilih Mikayla Delisha Hakim

Norman dan Memey memilih nama bayi perempuan mereka yang mempunyai maksud tersendiri.

PELAKON Norman Hakim berkongsi nama dan wajah bayi perempuannya yang lahir pada Khamis.

Norman atau Mohamed Nurhakim Zaidon, 42, dan isterinya, Memey Suhaiza, 30, memiliih nama Mikayla Delisha Hakim untuk bayi berkenaan.

Menerusi kapsyen di foto tersebut, Norman juga memberitahu setiap nama yang dipilih itu mempunyai maksud tersendiri.

"Assalammulaikum. Hi, salam Jumaat semua. Papa dan mummy dah bagi kita nama tau. Nama kita kan, dengan izin Allah, nama kita Mikayla Delisha Hakim.

Norman kongsi nama dan wajah bayinya.

"Papa, mummy cakap maksud nama kita tu, Mikayla: Pemberian Allah, Delisha: Gembira dan membuat orang lain gembira dan Hakim: Arif Bijaksana.

"Ingat nama kita dalam doa-doa atuk, nenek, makcik, akak abang semua (pengikut di laman sosial)," tulis Norman pada Jumaat.

Selain itu, Norman juga telah membuka akaun laman sosial bayinya bernama @mikayladelishahakim.

"Ikuti akaun Instagram kita yang mummy dan papa buatkan kat @mikayladelishahakim, okey.

Puteri sulung pasangan ini dilahirkan pada Khamis.

"Terima kasih. Sayang semua," katanya.

Memey selamat melahirkan anak ketiga mereka secara normal dengan berat 3.35 kilogram kira-kira pukul 12.52 petang Khamis.

Pasangan itu sudah mempunyai dua cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 5, dan Muhammad Dikhriz Hakim, 3.

Menerusi perkahwinan terdahulu dengan aktres Abby Abadi, Norman memiliki tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, 15, Marissa Dania Hakim, 13, dan Maria Danisha Hakim, 10.

Norman Hakim, Memey Suhaiza

Artikel Lain