suria

Maya Matahari rasa lebih dihormati selepas berhijab

Maya berhijab sejak Ramadan lalu.

HASRAT penyanyi Maya Matahari untuk bertudung dipermudahkan apabila dia tekad untuk meneruskan penampilan menutup aurat itu selepas sambutan Hari Raya Aidilftri lalu.

Pemilik nama sebenar Meyanaliza Ruslee, 42, berkata, penampilan baharu itu membuatkan dirinya rasa lebih dihormati terutama membuat persembahan dan bertemu peminat.

"Imej kita lebih bersih bila berhijab dan orang akan lebih hormat terutamanya bila ramai yang nak bergambar dan kadang-kadang tidak perasan terpegang.

"Tapi jika bertudung mereka akan berhati-hati menjaga batasan terutama peminat lelaki, nak bersalaman pun mereka akan fikir dua kali," ujarnya.

Maya serahkan soal jodoh kepada Allah.

Dalam pada itu, ditanya sama ada peribahan tersebut dibuat selepas mempunyai hasrat untuk mendirikan rumahtangga, penyanyi lagu Matahari menafikan perkara itu.

Maya yang mengakui sedang mengenali seorang lelaki menyerahkan soal jodoh kepada Allah taala.

"Saya juga berharap urusan jodoh dipermudahkan dan mendapat seorang lelaki yang lebih baik.

"Jodoh itu milik allah saya reda dengan apa yang sudah ditentukan kepada saya," ujarnya.

Maya pernah mendirikan rumah tangga dengan Tengku Shahreza Tengku Abdul Aziz pada 26 Jun 2009, namun bercerai pada 17 Ogos 2015.

Maya Matahari

Artikel Lain