suria

Pelakon ‘Nur’ Atiq Azman tergolek tengah jalan, bapa turut terlibat kemalangan

Atiq mengalami kecederaan di bahagian lengan, pinggang dan lutut.

SELEPAS jatuh ditimpa tangga... Itulah yang dialami oleh pelakon remaja yang popular menerusi drama Nur iaitu Atiq Azman apabila dia dan bapanya terlibat dalam kemalangan menerusi dua kejadian berbeza.

Mengenai kemalangan dirinya Atiq atau sebelum dikenali sebagai Raja Atiq berkata, motosikal yang ditunggangnya itu terbabas ketika dia cuba untuk mengelak dari kereta yang dipandu laju di persimpangan Bandar Permaisuri, Cheras pada pagi Ahad.

Ketika itu, dia dalam perjalanan pulang dari rumah pengurusnya selepas menghadiri Anugerah Telenovela 2018 yang berkahir pada lewat malam Sabtu lalu. 

Atiq memberitahu keadaanya menerusi laman Instagram.

"Ketika itu, saya dari rumah pengurus baru sahaja balik dari menghadiri Anugerah Telenovela 2018.

"Semasa saya nak keluar simpang ke lebuh raya, ada kereta laju muncul secara tiba-tiba dan saya cuba untuk elak. Saya terjatuh dan terguling di atas jalan raya. Nasib baik topi keledar ada visor tutup muka saya," kata Atiq kepada mStar Online.

Atiq ada memuat naik foto dia mengalami kecederaan di bahagian pinggang, lengan dan lutut di laman Instagram miliknya.

Bapa Atiq mengalami kecederaan di bahagia kening.

Dalam pada itu, pemilik nama Raja Muhammad Atiqullah Shah ini memberitahu bapanya, Azman Shah pula terlibat dalam kemalangan pada pagi Isnin iaitu sehari selepas musibah menimpanya.

Ketika dihubungi mStar Online, Atiq tidak dapat menjelaskan lebih lanjut mengenai keadaan melibatkan bapanya kerana dia baru sahaja tiba di hospital dan agak bergegas tanpa sempat berkongsi maklumat.

"Pagi ini ayah pula terlibat dalam kemalangan. Saya baru sahaja tiba di hospital nak melihat keadaanya.

"Belum pasti lagi apa punca sebenar dan saya tak dapat lagi maklumat penuh mengenai kemalangannya," ujar Atiq.

Atiq Azman

Artikel Lain