suria

Faezah Elai tak bermaksud hina peminat Fazura gemuk

Fazura (kiri) memuat naik status ditujukan kepada Faezah Elai.

TINDAKAN pelakon Faezah Elai menegur bentuk badan seorang peminat yang mewakili Fazura bagi menerima trofi Pelakon Wanita Telenovela Popular pada Anugerah Telenovela 2018, Sabtu lalu mendapat perhatian aktres berkenaan.

Fazura yang tidak hadir dalam anuegrah itu turut berkongsi video di Instagram ketika namanya diumumkan yang turut terkesan dengan teguran Faezah selain menganggap setiap manusia mempunyai kencantikan tersendiri.

"Kepada wanita-wanita di luar sana, tidak kira sama ada anda kurus, lemak, pendek, tinggi, putih, hitam, Melayu, Cina, seorang Buddha, seorang Kristian, mempunyai rambut kerinting, mempunyai enam jari dalam satu tangan, mempunyai leher panjang atau apa sahaja, ingatlah bahawa anda cantik dalam lebih dari satu cara seperti yang pada asalnya Allah mahukan.

"Anda hadiah kepada mereka yang mencintai anda. Tidak kira bagaimana penampilan fizikal anda, anda istimewa dengan cara anda sendiri," ujarnya.

Iejam yang mewakili Fazura menerima anugerah.

Pada majlis berkenaan Faezah Elai dikatakan bergurau dengan menyentuh keadaan fizikal peminat pelakon tersebut selepas menerima trofi dimenangi Fazura.

Ketika peminat yang badannya agak besar itu berjalan turun dari pentas, Faezah berkata, "Fazura bila anak lima orang" yang seorang-olah difahami seperti merujuk kepada fizikal seseorang wanita akan bertambah berat badan selepas ada anak.

Fazura yang memenangi kategori anugerah popular menerusi drama Hero Seorang Cinderella dan Wanita Terindah itu turut menasihati peminatnya agar tidak terkesan dengan pemikiran kecil seseorang.

"Teruskan kuat dan yakin serta maafkan mereka yang tidak berpuas hati dengan kehidupan sendiri. Kita harus raikan kepelbagaian, berbuat baik dan menyokong satu sama lain," ujarnya.

Pasangan pelakon Nur Fazura dan Fattah Amin membuat kejutan apabila membolot kesemua trofi menerusi kategori popular Anugerah Telenovela 2018 yang diadakan di Plenary Hall Convention Centre (KLCC) pada malam Sabtu.

Faezah Elai dan suaminya Heykal Hanifah

Dua drama lakonan pasangan suami-isteri itu, Hero Seorang Cinderella dan Wanita Terindah masing-masing membawa pulang trofi menerusi kategori Novel Popular dan Telefilem Popular.

Mereka juga menyapu bersih anugerah Pelakon Lelaki Telenovela Popular, Pelakon Wanita Telenovela Popular, Pelakon Lelaki Telefilem Popular dan Pelakon Wanita Telefilem Popular.

Bagaimanapun kedua-dua mereka tidak hadir pada acara itu.

Saya bukan cakap tentang bentuk badan - Faezah Elai

Dalam pada itu, isteri kepada pengarah Heykal Hanifah menerusi Instagram menjelaskan kenyataan pada malam itu bukan berniat menyindir bentuk badan wanita berkenaan.

Katanya, dia tidak pernah terfikir kearah itu sehingga tercetus salah faham.

“Suami saya pun gemuk takkan saya nak cakap benda yang buat suami saya terasa. Saya cakap anak lima orang sebab wanita yang naik itu pakai tudung dan saya ada lima orang anak. Jadi siapa yang fikir saya memalukan orang, anda silap,” ujarnya.

Bagaimanapun, Faezah berkata, dia meminta maaf andai perkara itu membuatkan wanita tersebut terasa hati. Katanya, dia bukan orang yang suka bercakap tentang manusia lain terutama dari segi fizikal.

Anugerah Telenovela 2018 telah berlangsung di Plenary Hall Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), Kuala Lumpur pada malam Sabtu lalu.

I once read an essay by Marie Southard Ospina, a Colombian-American journalist living in the UK and since then I’ve been following her works periodically. I found her essays to be refreshing, inspiring and witty. She once wrote that “The things that make us different need to also be perceived as the things that make us most beautiful”. So to my fellow ladies out there, it does not matter whether you are skinny, fat, short, tall, white, black, a Malay, a Chinese, a Buddhist, a Christian, has curly hair, has six fingers in one hand, has a long neck or whatever, just remember that you are beautiful in more than one way as God had originally intended you to be. You’re a gift to the world and those who love you. No matter how you look and your physical appearances, you’re special in your own way. You’re not a limited edition creation from God, you’re a bespoke, unique addition to the universe from Him. Don’t be cowed by small-minded people and their inane chatter or self-serving jokes. Be strong, be confident, be happy, be classy and forgive them for their own insecurities in life. We should celebrate our diversity, be kind and support each other. Remember to:. . Bangun percaya diri, Walau tiada pelangi, Aku tetap di sini, Bangun terus berlari, Walau ribut dan angin, Aku tetap bangun. . Once again, my BIG thanks and HUGS to my friends, fans, families and all you powerful ladies out there for your continuous love and support. I love you more. Believe in yourself! Girl Power!!! #GirlPower #URBeautiful #WomenEmpowerment #SayNoToBodyShaming

A post shared by Nur Fazura (@missfazura) on

Fazura, Faezah Elai

Artikel Lain