suria

“Kelakarnya... status putar belit, ungkit-ungkit tu hanya promo drama” - Zahirah

Zahirah nafi status tuju untuk mana-mana individu selain promo drama berkenaan.

PELAKON Zahirah MacWilson menafikan status yang dimuat oleh dia pada Khamis ditujukan kepada mana-mana individu sebaliknya hanya berkaitan drama Jangan Benci Cintaku.

Zahirah, 23, yang dihubungi berkata, dia berasa tercuit hati apabila perkara itu disalah tafsir oleh segelintir pihak sehingga mencetuskan kontroversi sindir menyindir.

"Yerke (reaksi Zul), tak tahu pula.

"Kelakar juga dengarnya, apa yang saya cakap pasal twist dan ungkit-ungkit itu hanya untuk promo drama Jangan Benci Cintaku sahaja,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Putar belit cerita, berlagak, suka main cinta...! Zahirah sindir siapa?

Anak kepada pelakon Zainol MacWilson ini berkata demikian ketika diminta mengulas tentang status di Instastory miliknya pada Khamis seolah-olah ditujukan kepada seseorang.

Nama Zahirah mendapat perhatian selepas membawa watak Feeqa dalam drama Jangan Benci Cintaku disiarkan di slot Akasia di TV3 setaip Isnin hingga Khamis.

Menerusi status berbaur sindiran itu memberitahu bahawa individu dimaksudkan itu putar belit cerita, berlagak jadi mangsa dan menyalahkan lain serta suka bermain cinta.

"Twist, ungkit, acah-acah jadi mangsa, tuduh orang lain, sini i love you, sana i love you. Dia buat takpe.

"Kamu tahu siapa yang saya maksudkan," tulisnya pada malam Khamis.

Status Zul dipadam selepas beberapa jam dimuat naik.

Sementara itu, pelakon J Revolusi itu turut memuat naik Instastory seperti membalas kenyataan Zahirah dan meminta individu yang dimaksudkan itu meneruskan kehidupan baharu.

Zul berkata, dia sibuk melayan sindrom budak-budak baru yang ingin mendapatkan perhatian.

"Get yourself together, get grip and move on lah dik. Abang sibuk, nak layan sindrom budak-budak baru yang nak dapat perhatian," ujarnya.

Selain itu, Zul turut mengulang tayang posting yang dimuat naik rakannya bahawa dia tidak memerlukan 15 artikel media yang menyatakan dia sudah pulih daripada kekecewaan lalu.

Bagaimanapun, Zul bertindak memadam Instastory berkenaan selepas beberapa jam dimuat naik.

Awal minggu lalu kecoh foto-foto bekas kekasihnya aktor Zul Ariffin bercuti di Phuket bersama seorang wanita yang berasal dari Ukraine pada Jun lalu.

Bagaimanapun, Zul, 32,menjelaskan mengenali wanita itu ketika dia berada di sana untuk menjalani sesi latihan seni mempertahankan diri.

Zahirah Macwilson

Artikel Lain