suria

3,000 pengunjung meriahkan Siaran Luar Suria bersama Mydin

Bersempena dengan bulan kemerdekaan, radio Suria FM bersama pusat beli-belah Mydin menganjurkan Siaran Luar Suria di Mydin USJ Subang Jaya pada Sabtu.

SUBANG JAYA: Sempena bulan kemerdekaan, radio Suria FM bersama Mydin menganjurkan Siaran Luar Suria di Mydin USJ, di sini, pada Sabtu.

Seramai lebih 3,000 pengunjung yang hadir sejak program itu berlangsung bermula pukul 3 petang dan bakal berakhir pada pukul 7 petang ini.

Menurut Pengurus Kanan Program Suria, Roslinda Abd Majid atau lebih dikenali sebagai DJ Lin, pihak Mydin berbesar hati ingin meneruskan kolaborasi berpanjangan bersama Suria.

“Untuk kali kedua kolaborasi dengan Mydin USJ tentunya saya sangat terharu dan teruja dengan sambutan yang ditunjukkan oleh peminat dan pendengar Suria.

Antara aktiviti bersama DJ Suria dan peminat.

“Kembalinya penganjuran siaran luar ini kerana mendapat sambutan yang baik dan pihak Mydin juga berpuas hati dan inginkan kolaborasi berpanjangan bersama Suria,” katanya kepada mStar Online.

Pengunjung yang hadir juga dapat bertemu dengan barisan penyampai Suria seperti Fizi, Issey, Shahrol, Cik Piah, Sharifah Shahirah, Tyzo, Suraya dan DJ Lin.

Malah, program ini dimeriahkan dengan persembahan barisan artis seperti Kaka Azraff, Lan Solo, Ella, Datin Alyah dan Siti Nordiana sepanjang empat jam bersiaran langsung.

Siaran Luar Suria ini merupakan permulaan acara Suria bertemu peminat sebelum menjelajah ke beberapa negeri di seluruh negara bermula September depan.

Suria FM, Mydin

Artikel Lain