suria

Adam Corrie perkenalkan adiknya, 36 tahun terpisah bertemu semula 10 tahun lalu

Adam memperkenalkan adik lelaki yang terpisah selama 36 tahun. Foto Instagram: @adamcorrielee.

PELAKON Adam Corrie pertama kali memperkenalkan adik kandung lelakinya bernama Shah yang dibesarkan dalam keluarga muslim.

Adam atau Adam Corrie Lee Abdullah, 50, berkata dia dan adiknya telah terpisah selama 36 tahun dan bertemu semula pada 10 tahun lalu.

"Ini adik lelaki saya, Shah. Kami terpisah selama 36 tahun. Sejak beliau dilahirkan. Jumpa semula 10 tahun lalu.

"Alhamdulillah Shah dibesarkan dalam keluarga muslim sebagai muslim. Alhamdulillah sekarang beliau sudah berusia 46 tahun.

Adam bersama isteri dan adiknya, Shah ketika majlis aqiqah anak lelakinya.

"Masih bujang. Dah berpunya atau belum, saya tak tahu. Jadi dalam keluarga saya, saya dan adik sahaja yang muslim," kata Adam.

Adam turut memuat naik foto bersama adiknya itu menerusi laman Instagram miliknya.

Menurut Adam, Allah memberikan hidayah dalam pelbagai cara namun yang paling penting individu itu perlu istiqamah dan sebar kebaikan pada semua.

"Allah berikan hidayah Islam kepada hambaNya dalam pelbagai cara. Ada yang bertuah, lahir dalam keluarga beragama Islam.

Adam dan isteri dikurniakan seorang cahaya mata selepas 10 tahun berkahwin.

"Ada yang perlu menjadi cahaya Islam bertahun-tahun baru dapat cahaya Islam. Ada yang dihujung nyawa Allah campakkan hidayah Islam pada diri mereka.

"Walau bagaimana cara pun kita menerima hidayah. Yang penting kita istiqamah dalam hidup ini sebar kebaikan pada semua," ujarnya.

Pelakon filem KL Gangster itu telah memeluk Islam pada 13 Julai 2007 dan berkahwin dengan isterinya, Fazema Mohd Fuad, 36 pada 2008.

Adam dan Fazema dikurniakan seorang anak lelaki bernama Adam Fateh Lee pada 11 Julai lalu selepas 10 tahun penantian.

Adam Corrie

Artikel Lain