suria

Percaturan kerjaya Fattah Amin mula fikir kualiti berbanding kuantiti

Fattah ingin lakukan yang terbaik dalam setiap lakonannya. Foto: SHAARI CHEMAT.

KUALA LUMPUR: Pelakon Fattah Amin mengakui kini lebih selektif memilih tawaran drama, filem atau sesuatu projek.

Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, 29, berkata dia sudah mula memikirkan kualiti berbanding kuantiti.

"Percaturan karier saya selepas berkahwin ini lebih memilih produk yang berkualiti. Kalau saya tak selesai satu projek, saya tak terima tawaran lain.

"Sebab kalau boleh setiap drama atau filem yang saya terima, saya nak ada masa untuk latihan dan baca skrip.

"Sekarang ini, saya sudah mula fikirkan kualiti berbanding kuantiti," kata Fattah kepada mStar Online.


Fattah mahu ada masa untuk latihan dan baca skrip.

Fattah ditemui ketika sesi bertemu pelanggan produk tilam King Koil Prince koleksi eksklusifnya di Courts, Setapak, di sini pada Ahad.

Dalam pada itu, pelakon Hero Seorang Cinderella ini mengakui ada menerima permintaan dan tawaran untuk bergandingan semula dengan isterinya, Nur Fazura.

Kata Fattah, dia perlu memikirkan banyak perkara sebelum kembali bekerjasama dengan Fazura.

Bagaimanapun, Fattah tidak menolak sekiranya mereka bakal digandingkan dalam masa terdekat.

"Memang ada permintaan dan tawaran tak kisah dari segi drama atau lagu. Bila kita nak buat kerjasama kembali, banyak benda kena fikir.

Peminat tertunggu-tunggu kerjasama semula Fattah dan Fazura.

"Kena fikir kualiti projek itu, tak boleh main ambil sahaja. Buat masa sekarang, saya dan Fazura ada perancangan karier yang berbeza.

"Tapi saya tidak menidakkan kerjasama dengannya dalam masa terdekat. Kalau ada nanti saya akan kongsikan," katanya.

Fattah dan Fazura, 34, bertunang pada 13 November tahun lalu dan bernikah pada 27 November tahun lalu dalam majlis tertutup.

Perkenalan mereka bermula ketika bergandingan buat pertama kali menerusi drama Hero Seorang Cinderella dan mempunyai lagu duet drama itu.

Selepas itu, Fattah dan Fazura sekali lagi bekerjasama menerusi telefilem Wanita Terindah.

Fattah Amin, Nur Fazura

Artikel Lain