suria

Maya Karin kongsi detik cemas ‘muntah darah’ dalam Meletop

Maya Karin muntah darah dalam program Meletop.

PELAKON Maya Karin tiba-tiba muntah darah ketika temuramah dalam program Meletop yang mengejutkan penonton ketika ia bersiaran secara langsung pada malam Selasa.

Bagaimanapun, drama mencemaskan itu rupa-rupanya hanyalah gimik untuk mempromosikan filem Munafik 2.

Sebelum kejadian, Maya dilihat sedang seronok berkongsi cerita mengenai filem tersebut dan tiba-tiba aktres cantik ini muntah lalu dia bergerak keluar dari set program.

Lakonan spontannya itu membuatkan artis jemputan iaitu Syamsul Yusuf, Nasir Bilal Khan serta pengacara, Neelofa dan Nabil Ahmad tergamam seketika.

Namun, beberapa saat kemudian Maya Karin muncul semula ke set dan memberitahu ia hanyalah lakonan bersesuaian dengan watak Sakinah yang dibawanya dalam filem tersebut.

Muntah darah tersebut hanyalah gimik untuk filem Munafik 2.

"I'm coming back! Ok tak, jadi tak? Pandai tak berlakon," kata Maya diiringi tepukan gemuruh penonton.

Pelakon berusia 38 tahun ini turut berkongsi rakaman pendek tersebut di laman Instagram miliknya dan rata-rata peminat berasakan gimik tersebut menjadi.

"Menjadi sangat lakonan, sampaikan saya pun terkejut," kata Mas Al Zahra.

"Best prank ever! Sampaikan kami dekat rumah pun tergamam kerana ini program siaran langsung. Haha..," komen Dayana Dolce.

Barisan pelakon filem Munafik 2.

"Kalau buat-buat tersungkur di pentas lagi menarik, apa-apa pun terbaik," tulis Shazuar pula.

Rancangan hiburan itu disiarkan secara langsung pada setiap Selasa, pukul 9 malam.

Selain Maya karin, Munafik 2 dibintangi oleh Syamsul Yusof, Fauzi Nawawi, Datuk Fizz Fairuz, Nasir Bilal Khan dan Datuk Rahim Razali .

Filem yang diarahkan oleh Syamsul Yusuf ini menelan belanja RM2.9 juta akan ditayangkan dipawagam bermula 30 Ogos ini.

Maya Karin, Munafik 2

Artikel Lain