suria

Safura peserta pertama tersingkir Gegar Vaganza 5

Safura menjadi peserta pertama tersingkir daripada program Gegar Vaganza 5 pada malam Ahad.

SHAH ALAM: Perjuangan Safura di pentas Gegar Vaganza musim kelima (GV5) berakhir apabila diumumkan tersingkir pada konsert kedua yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini, Ahad.

Safura mendapat markah terendah iaitu 39.7 peratus daripada juri profesional selepas mempersembahkan lagu Diari Biru nyanyian asal Mya Ruslee.

Peserta yang mara ke peringkat seterusnya ialah Noryn Aziz, Amelina, Shafie Rio, Zamani, Hetty Sarlene, Mya Ruslee dan Billy Zulkarnain.

Selain itu, Dia Fadila, Zamani, Forteen, Elite dan Farah Wahida.

Kesemua peserta diadili oleh dua juri profesional iaitu Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim, manakala Datuk AC Mizal tampil sebagai juri jemputan.

AC Mizal ketika mengulas mengenai persembahan Safura memuji cara persembahannya diatas pentas.

“Safura persembahan atas pentas sangat bagus cuma masa nyanyi macam ada terlambat masuk sikit. Apa-apa pun saya puji,” katanya ringkas.

GV5 minggu kedua menampilkan tema ‘Dalam diam aku mencintaimu’.

Ia dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Bintang Cuccko Paling Gempak minggu ini menjadi milik kumpulan Elite.

GV5 disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Juara Gegar Vaganza musim kelima bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara dan RM30,000 tempat ketiga.

Tempat keempat, kelima dan keenam pula masing-masing bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000, RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi.

Safura, Gegar Vaganza 5

Artikel Lain