suria

Mawar Rashid dedah tabiat pelik mengidam makan tepi pantai

Kandungan Mawar Rashid kini berusia empat bulan.

PELAKON Mawar Rashid berkata dia berdepan dengan beberapa tabiat pelik ketika diawal kehamilan anak pertamanya itu.

Menurut Mawar atau Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 23, diawal tiga bulan kandungan, dia mengalami sedikit alahan ringan, namun tidaklah seteruk wanita hamil yang lain.

"Trimester pertama kehamilan tak ada alahan yang teruk, muntah pun sikit-sikit sahaja, cumanya saya tak boleh bau minyak wangi dan tak boleh nak masuk dapur sangat.

ARTIKEL BERKAITAN: Hamil anak pertama, Mawar Rashid mual bau wangi

ARTIKEL BERKAITAN: Masih ingin bermanja penyebab Mawar Rashid belum sedia timang anak

"Yang peliknya, saya agak memilih soal makan, contohnya saya tak suka makan bahagian yang keras disekeliling roti. Kalau sebelum mengandung, makan apa pun okay sahaja!

"Sekarang ini semuanya dah kembali normal dan saya dah boleh bekerja seperti biasa," katanya kepada mStar Online.

Mawar bersama suami, Raf Yaakob.

Peserta program Dewi Remaja 2015 ini hamil anak sulung dan kini kandungannya berusia empat bulan.

Dalam pada itu, Mawar memberitahu dia turut 'mengidam' sesuatu yang baginya agak pelik iaitu mahu menikmati makanan laut di tepi pantai.

Bagaimanapun, permintaannya itu masih belum dapat ditunaikan atas sebab-sebab tertentu.

"Sekarang ni saya mengidam nak makan makanan laut di tepi pantai tetapi memandangkan cuaca tak menentu, jadi tak sampai lagi hajat tu.

"Tak tahulah kenapa rasa macam nak sangat ambil mood makan-makan tepi laut sambil ditiup angin, tunggu sahajalah tiba masanya nanti dapatlah penuhi permintaan itu," katanya.

Mawar berkahwin dengan Raf atau Raden Ahmad Faizal Yaakob, 33, pada 9 November 2018.

Raf mempunyai dua orang anak, Raden Ahmad Rayyan, 7, dan Raden Seri Raysaa Chanela, 3, hasil perkahwinan terdahulu.

Mawar rashid, Raf Yaakob

Artikel Berikut

Artikel Lain