suria

“Kalau saya rasa berbaloi, barulah kongsi” - Linda Rafar

Linda tidak mahu menipu pengikut di laman sosial dengan mempromosikan produk tanpa mencuba terlebih dahulu. Foto Instagram: @lindarafar.

PENYANYI dan pelakon Linda Rafar berharap pemilik perniagaan atas talian tidak membandingkan harga ulasan di laman sosialnya dengan selebriti lain.

Linda atau Azlinda Rafar, 40, berkata dia akan terlebih dahulu mencuba sesuatu produk itu sebelum mempromosikan di Instagramnya.

Kata Linda, dia tidak mahu menipu pengikutnya dengan mengatakan produk itu bagus tanpa mencuba dan akhirnya membawa padah kepada pihak yang menggunakannya selepas itu.

"Untuk pemilik perniagaan atas talian, tolong jaga bandingkan bayaran review IG saya dengan yang lain. Saya bukan seorang yang promosi barang yang saya tidak menggunakannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Elite dah terima undangan sehingga tahun depan


Linda menjelaskan dia tidak akan mempromosikan sesuatu produk tanpa mencuba terlebih dahulu.

"Saya akan pastikan, cuba terlebih dahulu pada diri sendiri dan kalau saya rasa berbaloi untuk berkongsi dengan pengikut, saya akan kongsi dan beri ulasan.

"Saya harap anda semua faham sebab Linda tak nak pengikut Linda kena tipu. Kalau Linda cakap semua produk bagus, tapi tiba-tiba produk itu membawa padah kepada pengikut saya, Linda juga yang kena," katanya.

Laman sosial merupakan platform untuk para perniaga di atas talian menggunakan khidmat selebriti dan personaliti bagi mempromosikan produk mereka.

Dalam pada itu, anggota kumpulan Elite ini memberitahu dia mencari rezeki yang halal dengan melakukan perkhidmatan tersebut.

Linda Rafar.

Kata Linda, dia memohon maaf sekiranya kenyataannya itu menyinggung perasaan mana-mana pihak namun berharap semua orang memahami apa yang cuba disampaikan.

"Linda di sini cari rezeki yang halal dan bagi Linda kalau dah tipu semua pengikut, rezeki tu terus jadi haram kan?

"Jadi lebih baik Linda cuba dulu produk dan kalau bagus Linda kongsi. Saya minta maaf kalau saya kecilkan hati mana-mana pihak dengan kenyataan ini.

"Tapi saya harap anda semua faham dengan apa yang saya cuba sampaikan. Terima kasih dan Assalammulaikum," ujarnya.

Linda Rafar, Elite

Artikel Lain