suria

“Di belakang saya, itu antara dia dengan Allah” - Ika Nabella, suami tak kongsi ‘password’

Ika dan suami tidak berkongsi kata laluan masing-masing dan meletakkan kepercayaan sepenuhnya. Foto Instagram: @ikanabella

PELAKON Ika Nabella berkata dia dan suami Muhammad Zaid tidak berkongsi kata laluan aplikasi laman sosial masing-masing.

Menurut Ika atau nama sebenarnya Ika Nabila Abdul Rahim, 28, mereka berdua meletakkan kepercayaan sepenuhnya dan tidak pernah timbul perasaan curiga.

"Yang tanya sama ada saya dan suami ada kata laluan (password) laman sosial masing-masing, jawapannya tidak.

"Mungkin sebab kami mempercayai antara satu sama lain dan apa-apa yang berlaku di belakang saya, itu antara dia dengan Allah. Nauzubillah!

"Saya adalah isterinya dan yakin Allah akan menjaga hubungan perkahwinan dan kepercayaan kami ini. Insya-Allah," tulisnya.

Topik ini menjadi perbualan hangat pengikut Ika Nabella di laman Instagram.

Pelakon drama Bahagia Bukan Bidaan ini berkongsi mengenai isu perkongsian kata laluan laman sosial antara suami dan isteri menerusi ruang pertanyaan di Instagram.

Ika dan Zaid, 30, berkahwin pada 30 Julai 2016 di Dewan Batu Maung, Pulau Pinang.

Sementara itu, Ika memberitahu dia dan suami tidak pernah berahsia mengenai mesej peribadi (DM) yang diterima di laman sosial.

"Yang bijak pergi DM gambar anu apa bagai tu, suami saya dah tengok dia kata xxxs. Lol.

"Untuk perempuan yang DM suami saya acah-acah peminat Ika Nabella tu pun suami saya tunjuk dekat saya.

"Dia yang minta saya balaskan mewakili dia sebab dia tak biasa layan peminat," ujarnya.

Ika Nabella

Artikel Lain