TINDAKAN pengacara MeleTop, Nabil Ahmad dan Neelofa yang seakan-akan menghalau pelawak Joe Aziz ketika program sedang berlangsung pada Selasa lalu menerima pelbagai reaksi netizen. Rata-rata mereka kurang senang dengan cara layanan dua pengacara itu yang dianggap seperti tidak menghormati tetamu yang diundang ke program tersebut. Menurut Joe atau Aziz Ismail, 34, dia berasa terkilan dengan cara dan layanan yang diberikan kerana beranggapan ada cara lebih baik untuk memintanya beredar dari segmen itu. "Sebagai manusia biasa, sudah semestinya saya terasa hati dengan layanan yang diberikan oleh Nabil dan Neelofa. ARTIKEL BERKAITAN: 'Padah' Jadinya Orang Sangka Faizal Tahir Tindakan Neelofa dan Nabil seakan menghalau Joe ketika program sedang berlangsung menerima kecaman. "Saya agak terperanjat apabila Nabil dan Neelofa seakan-akan menghalau saya secara langsung dan boleh dikatakan seluruh rakyat Malaysia sedang menonton program itu. "Sebenarnya saya tidak kisah sekiranya mereka sudah tidak memerlukan saya di segmen itu tetapi ada cara yang lebih baik untuk minta saya beredar," katanya kepada mStar Online. Pelawak yang lahir daripada program realiti Lawak King itu dijemput pihak produksi program tersebut disebabkan memiliki wajah seperti penyanyi Faizal Tahir. Joe dikatakan mempunyai wajah seiras Faizal Tahir. Kata Joe, pada awalnya pihak produksi memberitahu dia untuk hadir pada malam itu sebagai kejutan pada Faizal Tahir namun di saat-saat akhir berlaku perubahan. "Saya memahami situasi ketika itu Nabil dan Neelofa tidak tahu mengenai kehadiran saya untuk memberi kejutan kepada mereka. Memang kecil hati, tapi saya sudah maafkan. Menerusi program tersebut, Joe muncul menjadi Faizal Tahir dalam segmen MeleTop menyebabkan dua pengacara itu terkejut melihat kehadirannya. Apabila penyanyi lagu Gemuruh itu muncul, Nabil dan Neelofa meminta Joe untuk beredar daripada program itu secara tiba-tiba. Bagaimanapun, Joe memahami situasi pasangan pengacara itu yang tidak tahu mengenai kehadirannya pada malam itu untuk membuat kejutan kepada mereka berdua. "Pada mulanya, saya diminta hadir pada malam itu untuk beri kejutan pada Faizal Tahir tapi tiba-tiba pihak produksi buat perubahan, kejutan itu bertukar untuk pengacara pula. "Sepatutnya, pihak produksi kena beritahu awal perkara itu supaya tidak ada berlakunya situasi sebegitu," ujarnya. Sebelum itu Joe pernah meniru gaya parodi dalam segmen MeleTop bersama pengacara Jihan Muse menerusi lagu Ragaman. Dalam laporan mStar Online pada 3 Ogos 2017, Joe pernah mendedahkan ramai orang salah faham dengan wajahnya yang seiras Faizal Tahir.