suria

Lagu ‘viral’ ganggu seniman serius berkarya - M. Nasir

M Nasir

PENYANYI dan komposer Datuk M Nasir menganggap lagu-lagu tular atau 'viral' yang mendapat perhatian masa kini sedikit sebanyak menganggu seniman yang serius untuk berkarya.

M Nasir berkata, lagu-lagu tersebut meraih perhatian meluas berbanding lagu ciptaan segelintir komposer yang lain.

"Lagu-lagu viral contohnya seperti lagu Pan Pineapple Apple Pan orang mudah untuk terima, ia kadang-kadang menganggu seniman yang serius untuk berkarya.

"Perkara itu mengecewakan kerana apa yang mereka lakukan dapat perhatian ramai, manakala seniman lain tidak dapat, mereka juga mahukan perhatian takkan nak 2,000 orang sahaja dengar lagu mereka," ujarnya kepada mStar Online.

M Nasir diminta mengulas tentang cabaran komposer dalam mencipta lagu-lagu yang mampu untuk diterima masyarakat zaman ini.

M Nasir, Jamal dan Cassidy bakal beraksi di Panggung Sari, Istana Budaya.

Bagaimanapun, M Nasir berkata, komposer lama perlu menyesuaikan diri dan mengikut peredaran semasa yang semakin berubah.

Katanya, cita rasa muzik berubah seiring dengan penerimaan terhadap sosial media.

"Sekarang ini kita tidak boleh baca apa yang orang suka terutama adanya media sosial.

"Tapi ada juga segelintir yang boleh baca dan ikut perkembangan. Bagi saya ia cabaran komposer pada masa ini kerana perkara ini tidak boleh dielak," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, M Nasir bakal bergandingan dengan Datuk Jamal Abdillah menerusi konsert Duo Lagenda  yang bakal berlangsung pada 20 hingga 23 Disember ini di Panggung Sari Istana Budaya.

Konsert yang berdurasi selama dua jam itu bakal menyaksikan mereka membawa lapan lagu popular masing-masing.

Manakala penyanyi undangan Cassidy Anderson akan menyampaikan tiga buah lagu termasuk duet bersama Jamal dan M Nasir.

Tiket menyaksikan konsert ini dijual daripada RM158 sehingga RM1,500.

Ia boleh didapati dengan menghubungi 03-21706333.

M Nasir

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain