suria

Abam macam nak lari menjerit isteri dah 3 bulan hamil

Abam Bocey

PERNAH berasa kecil hati apabila kerap ditanya bila isteri nak hamil, pelawak Abam (Bocey) akhirnya berkongsi berita gembira dia bakal menjadi bapa.

Abam atau Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 30, berkata, isterinya Siti Norhidayah Mohd Ali disahkan hamil tiga bulan dan ia merupakan berita yang ditunggu-tunggu sejak mendirikan rumah tangga pada hujung tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan tanya sembarangan mengenai anak, itu pesan Abam (Bocey)

“Alhamdulillah rasa macam nak lari laju sambil jerit kuat-kuat. Tak tahu nak cakap macam mana. Terima kasih atas doa semua,” ujarnya kepada mStar Online.


Abam dan isterinya, Norhidayah. Foto: Instagram Abam

Abam dan Norhidayah berkahwin pada 8 Disember 2017 di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam, Kuala Selangor.

Abam berkata, dia mengetahui tentang kehamilan isterinya sejak bulan lalu, namun membuat pemeriksaan doktor pada petang Rabu.

“Saya dah tahu lama tapi tadi baru kami ke klinik buat pemeriksaan. Alhamdulillah.

“Saya tidak kisah lelaki atau perempuan yang penting bayi itu sihat dan semuanya selamat,” ujarnya.

Abam Bocey

Artikel Lain