suria

Akim Ahmad tak harap menang AJL33 cuma nak wanita dapat mesej lagu ‘Bunga’

Akim tidak letakkan harapan lagu ciptaannya ke pentas AJL 33. Foto Instagram: @muzikmuzik_33.

SELAKU salah seorang pencipta lagu Bunga nyanyian Ara Johari, penyanyi Akim Ahmad tidak meletakkan harapan untuk memenangi Anugerah Juara Lagu 33.

Akim, 27, berkata dia dan dua orang rakannya, Laq dan Kadok mencipta lagu tersebut dengan harapan agar semua wanita dapat mendalami mesej yang cuba disampaikan.

"Saya tidak pernah terfikir atau berharap untuk lagu Bunga itu menang di AJL33. Tapi ada letak harapan agar semua wanita dapat mendalami lirik lagu itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ara Johari gementar sehingga menganggu permulaan nyanyian


Barisan penyanyi yang mempertaruhkan lagu mereka pada minggu kedua SFMM33.

"Dapat mesej yang saya, Laq dan Kadok cuba sampaikan menerusi lirik lagu tersebut. Kalau lagu itu berjaya ke AJL, tak dapat gambarkan kalau menang.

"Tapi sekiranya menang, Alhamdulillah. Ia berkat usaha tiga komposer dan juga penyanyi lagu itu iaitu Ara," katanya kepada mStar Online.

lagu tersebut dinobatkan sebagai lagu terbaik minggu kedua Semi Final Muzik-Muzik 33 (SFMM33) yang berlangsung baru-baru ini di Sri Pentas 2, Shah Alam.

Keputusan keseluruhan lagu-lagu yang layak bertanding di pentas AJL 33 akan diumumkan pada minggu ketiga SFMM33 yang diadakan pada 23 November ini.

Akim & The Majistret.

Dalam pada itu, pemilik nama Afiq Hakim Ahmad ini memberitahu kekuatan lagu Bunga terletak pada gabungan idea melodi ketiga-tiga komposer.

"Kekuatan lagu ini pada melodi dan lirik. Bagi saya, dalam melodi itu banyak yang indah daripada tiga komposer berbeza.

"Gabungan tiga idea berbeza dan kami berikan sepenuhnya idea untuk melodi lagu Bunga," ujarnya.

Selain lagu Bunga, Akim juga mempertaruhkan lagu kumpulannya Akim & The Majistret iaitu Stereotype dan lagu nyanyian Stacy, Cakap Ke Tangan.

Artikel Lain