suria

Sampai Bila & Di Matamu antara 12 lagu layak ke AJL 33

Lagu nyanyian Misha Omar berjudul Sampai Bila layak ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 33 (AJL33). Foto Instagram @muzikmuzik_33

SHAH ALAM: 12 buah lagu terbaik layak ke Anugerah Juara Lagu 33 (AJL33) selepas berentap di pentas Semi Final Muzik Muzik 33 (SFMM33) yang disiarkan secara langsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, di sini, malam Jumaat.

Lagu-lagu yang layak dipertandingkan di AJL33 yang bakal berlangsung pada Februari depan terdiri daripada Semakin (Siti Sarah), Bunga (Ara Johari), Kau Pun Sama (Syamel), Sampai Bila (Misha Omar), Haram (Hael & Dayang) dan Luluh (Khai Bahar).

Turut dipilih ialah Bunga (Altimet), Jatuh Bangun (Haqiem Rusli ft Aman Ra), Tak Pernah Hilang (Amylia & Kaer), Hajat (Hael Husaini), Di Mata Mu (Sufian Suhaimi) dan Nisan Cinta (Siti Nordiana & Jaclyn Victor).

Siti Nordiana dan Jaclyn Victor turut mara ke AJL33.

Program ini telah bersiaran selama tiga minggu berturut-turut yang bermula 9 November lalu dengan menyaksikan persaingan 30 buah lagu terbaik sepanjang tahun 2018.

SFMM33 dihoskan olen Haziq dan Sherry Al Hadad.

Kesemua lagu dinilai oleh barisan juri professional iaitu Ajai, Helen Yap, Edrie Hashim, Azmeer, Cat Farish dan Datuk Mokhzani bertindak selaku ketua juri.

AJL 33

Artikel Lain