TINDAKAN penyanyi Syafiq Farhain menyanyi lagu popularnya Sayang Maafkan Aku mengejutkan penyanyi jalanan Orang Kelainan Upaya (OKU).
Menerusi video yang dimuat naik peminatnya, anak kepada Allahyarham Saleem ini bangun dan menghampiri penyanyi jalanan itu mendapat perhatian netizen.
"Terharu campur terkedu abang tu tengah busking lagu Sayang Maafkan Aku tiba-tiba suara penyanyi asal muncul.
Video dikongsi peminatnya pada malam Rabu.
"Walau mata abang busker tak nampak tapi telinga dan hati abang boleh cam suara emas Syafiq Farhain," tulis individu itu.
Rata-rata netizen memuji sikap penyanyi berkenaan yang sangat 'sporting' melayan penyanyi jalanan.
Mereka berharap agar Syafiq mengekalkan sikap rendah diri biarpun namanya kini semakin dikenali.