suria

"Semuanya Allah yang aturkan, mama & ayah doa semoga kekal ke jannah" - Ibu Zahirah

Ibu restu hubungan Zahirah dan Aiman.

IBU kepada pelakon Zahirah MacWilson iaitu Maslinda Yusoff mendoakan hubungan percintaan anaknya itu dengan aktor Aiman Hakim Ridza yang hangat diperkatakan hari ini berkekalan hingga ke syurga.

Maslinda yang memuat naik foto pasangan itu turut memberitahu apa yang berlaku adalah perancangan Allah SWT.

"Semua Allah yang aturkan, mama dan ayah doakan semoga kekal hingga ke jannah. Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson," tulisnya pada petang Isnin.

Sementara itu, bapa pelakon wanita itu iaitu aktor Zainol MacWilson belum memberi sebarang reaksi terhadap hubungan berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Berkongsi kapsyen romantis... Aiman Hakim, Zahirah beri gambaran sedang bercinta

Sementara itu, Zahirah mengucapkan terima kasih terhadap doa ibunya itu.

"Alhamdulillah. Terima kasih ma, sayang ma selamanya, jumpa nanti," ujarnya.

Pada Isnin, pasangan pelakon ini memuat naik gambar bersama di Instagram masing-masing sekali gus menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat mengenai hubungan sebenar mereka.

Lebih mencurigakan, kapsyen pada foto yang dimuat naik kedua-dua mereka yang berbaur romantik seolah-olah memberi gambaran wujud hubungan istimewa di antara mereka berdua.

"Kini sehingga selamanya, Insya-Allah," tulis Zahirah sambil meletakkan tanda pagar #ZahirahAH iaitu gabungan nama mereka.

Dalam pada itu, Aiman menerusi laman sosialnya pula memberi perumpamaan menggunakan nombor dan nota muzik asas yang menggambarkan hubungan istimewa itu baharu sahaja bermula.

"Nombor bermula dengan 123, muzik dimulakan dengan Do Re Mi. Huruf bermula dengan A dan berakhir dengan Z.

"Faktanya hanya ada kamu dan aku," tulisnya.

Sebelum ini Aiman pernah bercinta dengan aktres Fathia Latiff manakala Zahirah bersama Zul Ariffin.

Artikel Lain