suria

Siti Hasmah masuk kelas biola untuk konsert Jamal Abdillah dan M. Nasir

Jamal Abdillah

ISTERI Perdana Menteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali sanggup menyertai kelas latihan biola bagi memastikan kemunculan istimewanya pada Konsert Duo bersama Datuk Jamal Abdillah dan Datuk M. Nasir berjalan dengan baik.

Jamal berkata, dia bersama M. Nasir akan menyertai Siti Hasmah selama empat hari di kelas tersebut bagi membolehkan mereka menjalani latihan menerusi lagu Gubahanku.

"Sebenarnya apa yang saya diberitahu beliau memang ada rutin pergi ke kelas biola setiap minggu namun bersempena dengan persembahan kami nanti, Siti Hasmah lebih giat berlatih.

“Insya-Allah bermula esok (Selasa) kami akan berlatih selama empat hari di kelas biola beliau dan sebagai penyanyi saya memang teruja,” katanya.

Konsert Duo Legenda bakal berlangsung Disember ini.

Jamal ditemui pada sidang media konsert itu yang diadakan di The Grand Campbell Hotel Kuala Lumpur pada Isnin.

Konsert Duo Legenda itu bakal berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya pada 20 hingga 23 Disember ini.

Siti Hasmah akan membuat kemunculan pada 22 Disember bersempena malam VVIP itu konsert itu.

Sebelum ini, Jamal mendedahkan Siti Hasmah akan membuat kemunculan istimewa pada 22 Disember ini bersempena malam VVIP konsert itu.

Siti Hasmah akan mengiringi persembahannya bersama M. Nasir pada malam VVIP Konsert itu dengan menggesek biola lagu tersebut.

Dalam pada itu, Jamal mendedahkan Siti Hasmah sendiri memilih lagu Gubahanku untuk dipersembahkan pada malam itu yang juga kegemarannya.

Malah kata Jamal, Siti Hasmah turut memasuki kelas biola bagi berlatih lagu itu sebagai persiapan menjelang konsert.

“Insya-Allah bermula esok (Selasa) kami akan berlatih selama empat hari di kelas biola beliau dan sebagai penyanyi saya memang teruja,” ujarnya.

Siti Hasmah memang dikenali dengan kebolehannya bermain biola.

Sementara itu, Jamal berkata, pada malam VVIP itu, pihaknya turut mengadakan segmen khas bagi mengutip dana daripada penonton untuk disalurkan kepada pihak kurang berkemampuan seperti rumah anak yatim dan rumah kebajikan orang tua.

“Pada 22 Disember adalah malam VVIP dan segmen bersama Siti Hasmah juga diadakan bagi mengutip dana untuk membantu golongan kurang bernasib baik.

“Kami berharap akan lebih ramai badan korporat yang sudi hadir menonton sambil menghulurkan sumbangan,” katanya.

Konsert empat malam itu dibawa khas oleh Shapadu selaku penaja utama dan ia dianjurkan oleh syarikat milik Jamal sendiri, BinJamal Event.

Tiket bagi menyaksikan konsert itu dijual pada harga RM1,000 hingga RM158 dan boleh dibeli menerusi www.ilassotickets.com atau kaunter tiket Istana Budaya.

Jamal Abdillah, M Nasir, Siti Hasmah

Artikel Lain