suria

Joy Revfa kini bahagia dengan kekasih baharu

Joy Revfa bersama kekasih baharunya Faiz.

BEKAS isteri penyanyi Hafiz Hamidun iaitu Joy Revfa kini dikhabarkan sudah mempunyai kekasih baharu.

Usahawan kosmetik yang memiliki nama sebenar Siti Arifah Mohd Amin, menerusi instagramnya memuat naik beberapa foto mesra bersama seorang lelaki bernama Faiz.

Malah, menerusi sebuah akaun @revfaiz telah memuat naik 18 foto bersama wanita berusia 33 tahun itu dengan kapsyen romantis.

"Terima kasih ya Allah kerana hadirkan mereka berdua dalam hidupku hingga aku dapat mengenal akan keagungan cinta Mu. Cinta awak berdua ini sumpah kerana Allah swt dan nak jaga sampai bila-bila," ujar Faiz pada salah satu foto.

ARTIKEL BERKAITAN: Joy Revfa Mohon Perkahwinan Dengan Hafiz Hamidun Bubar Baca

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Tidak Tertekan” – Isteri Hafiz Hamidun Baca lebih lanjut

Joy kini bahagia bersama kekasih baharunya Faiz.

Rata-rata pengikut laman sosial mengucapkan tahniah kepada wanita itu yang kini sudah mempunyai pengganti.

Mereka berharap pasangan Joy kali ini mampu memberi kebahagiaan kepada dia dan anaknya.

"Kami semua doakan Joy dan bakal suami dipermudahkan segala urusan serta bahagia hingga ke jannah," ujar netizen.

Nama Joy Revfa sebelum ini menjadi perhatian apabila perkahwinannya pada 1 Mei 2017 dengan penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun didakwa tidak sah.

Konflik tersebut akhirnya selesai selepas Hafiz melafazkan talak satu terhadap wanita itu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling pada 25 Oktober tahun sama.

Joy Revfa pernah berkahwin sebelum ini dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Arryan Firdaus yang kini berusia tiga tahun.

Joy Revfa

Artikel Lain