suria

Yatt Hamzah dikuarantin selepas tunai umrah, disyaki dijangkiti virus MERS COV

Yatt dan suami sebelum berangkat mengerjakan umrah. Foto Instagram @yatthamzah_suci

PELAKON Yatt Hamzah berkata dia telah dikuarantin selama seminggu kerana disyaki dijangkiti virus MERS COV selepas pulang daripada mengerjakan ibadah umrah pada Jumaat lalu.

Menerusi Instagram, Yatt atau nama sebenar Haryati Hamzah berkongsi perkembangan terkini mengenai tahap kesihatannya dan telah disahkan bebas daripada virus tersebut.

"Bonda (Yatt) demam panas mencecah 40 darjah celcius sejak 7 Disember lalu selepas pulang dari mengerjakan umrah sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital.

"Mulanya doktor di Gleneagles Hospital, Ampang mengesyaki terkena virus MERS COV kerana bonda ada simptom-simptomnya dan baru pulang dari Arab Saudi. Maka Bonda dipindahkan ke HKL untuk pemeriksaan kesihatan secara menyeluruh dan didapati negatif virus MERS COV.

Yatt berkongsi perkembangan terkini di Instagram.

"Alhamdulillah syukur bonda bebas dari virus berbahaya itu. Tetapi doktor menyarankan bonda berehat dan dikuarantin seminggu kerana anak-anak iaitu bayi Suci Hayfaa Medina dan Suci Humaira Iqlima juga turut demam. Mujur Kak Nia (Suci Hanania Malika) tak apa-apa, sihat walafiat je dia. Alhamdulillah," tulisnya di laman Instagram.

Yatt bersama suami iaitu Mohammad Zulfadhli Khairuddin dan tiga anak mereka berangkat ke tanah suci bagi mengerjakan ibadah umrah pada 25 November lalu.

Sementara itu, Yatt menganggap kesakitan yang ditanggung itu sebagai ujian dan penghapus dosa yang telah dilakukan.

"Bila sakit baru rindu nikmat sihat. Sebab tu Allah bagi sakit, sebab nak kita sedar yang semua nikmat tu bersifat sementara je. Allah bagi sakit untuk kita sedar yang sakit dan sihat itu semuanya dari Allah.

"Kita ni hanya pinjam je semua nikmat tu. Kita tak ada apa-apa hanya hamba yang penuh dosa dan sakit adalah cara mencuci dan mensucikan dosa. Betul tak? Betul kan," ujarnya.

Yatt Hamzah

Artikel Lain