suria

Jadilah 50 peminat terawal dapat makan bersama Team Pagi Suria

Inilah Team Pagi Suria dari kiri; Issey, Shahrol dan Fizi Ali.

SETELAH menjelajah ke beberapa lokasi di kawasan Pantai Timur pada bulan Oktober lalu, program Team Pagi Suria Belanja Makan kembali menemui pendengar di sekitar Lembah Klang pula.

Lokasi pilihan kali ini ialah di SENADA Festival Makanan Warisan Selangor yang terletak di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.

Ia akan diadakan selama dua hari bermula Sabtu dan Ahad ini.

Seramai 50 orang pendengar terawal yang menunjukkan aplikasi SURIA yang telah dimuat turun ke telefon pintar masing-masing akan berpeluang menyertai team Suria untuk sarapan bersama.

Acara akan bermula pukul 4 petang pada hari Sabtu dan 2 petang pada Ahad.

Program Team Pagi Suria Belanja Makan ini akan melibatkan barisan penyampai seperti Issey, Fizi Ali, Feeya Iskandar, Sharifah Shahirah, Tyzo dan DJ Lin.

Turut serta artis jemputan seperti Nabila Razali, Ben Ladin, Luqman Faiz dan Fieya Julia.

Malah, di SENADA Festival Makan Warisan Selangor ini juga, penyampai-penyampai SURIA turut terlibat dalam beberapa aktiviti seperti demo membuat kuih Kapit dan lempeng pisang.

Dalam pada itu Pengurus Kanan Suria, Roslinda Abd Majid atau lebih dikenali sebagai DJ Lin berkata, acara ini diperkenalkan untuk memperkukuhkan slot Suria Pagi yang dikendalikan oleh Issey, Shahrol dan Fizi Ali yang digelarkan Team Suria Pagi.

“Melihat kepada penerimaan baik peminat-peminat Suria terhadap program ini, Suria kembali membuat perancangan untuk meneruskan program ini ke kawasan yang tidak pernah lagi Suria pergi sebelum ini selepas kami mengadakannya di Pantai Timur,” katanya.

Suria

Artikel Lain