suria

Fasha timbul rasa kesal gagal bantu Azean Irdawaty selepas baca kisah Benjy mohon bantuan dari penjara

Fasha ajak orang ramai bantu Benjy. Foto kanan ialah Allahyarham Azean Irdawaty.

PELAKON Fasha Sandha mengakui timbul rasa bersalah terhadap Allahyarham seniwati Azean Irdawaty kerana tidak berkesempatan bertemu dan memberi bantuan kepada aktres berkenaan ketika masih hidup.

Fasha berkata, dia lupa untuk menjalankan tanggungjawab sebagai rakan artis yang rapat dengan Allahyarham sejak berlakon bersama menerusi beberapa filem.

"Ketika saya sedang sibuk, arwah yang ketika itu sedang berperang dengan kanser selama beberapa tahun, saya hanya sempat mengirimkan sedikit sumbangan melalui seorang sahabat.

ARTIKEL BERKAITAN: “Aku lama lagi kat sini” - Benjy kirimkan nota dari penjara mohon doa orang ramai

"Saya rasa amat bersalah kerana tidak berkesempatan melawat arwah dan memberikan bantuan ketika arwah masih hidup dan pada waktu yang sama arwah juga tertekan kerana kes (dadah) yang melibatkan Benjy.

"Kesibukan saya pada ketika itu membuatkan saya ‘lupa’ tentang tanggungjwb saya sebagai rakan artis yang rapat dengan arwah sejak filem Anak Mami Kembali,” ujarnya.

Fasha luah perasaan kesal di Instagram.

Fasha berkata, arwah Azean banyak mengajar dalam bidang lakonan ketika di awal kemunculannya sekitar tahun 2005.

Tambahnya, Azean sering menasihatinya agar sentiasa menjaga kesihatan.

"Tiga kali dapat bekerjasama dengan arwah ketika itu saya paling kerdil dan arwah pula seniwati yang disanjung tinggi.

"Arwah sering menasihati saya agar jangan lupa makan vitamin, supaya sihat selalu, arwah juga selalu mengajar saya tentang lakonan.

Allahyarham meninggal dunia pada 17 Disember 2013 akibat penyakit kanser dan limfedema.

Fasha mengimbau kenangan itu selepas membaca berita berkaitan anak Allahyarham iaitu pelakon Benjy yang memerlukan bantuan kerana mengalami penyakit asma kronik selain berpotensi untuk terkena batuk kering atau tuberculosis (TB).

Gambar kenangan ketika Benjy (kiri) mengusung keranda jenazah ibunya, Azean Irdawaty yang meninggal dunia pada 17 Disember 2013.

Benjy yang kini ditahan di penjara Penjara Tanjung Gusta Medan, Indonesia selepas didapati bersalah memiliki 4.5 gram dadah jenis methamphetamine.

Benjy ditangkap pegawai Kastam dan Eksais sejuru tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu di Deli Serdang, Sumatera Utara pada 18 April tahun lalu.

Dia dijangka dibebaskan pada 2028.

"Hari ini saya terbaca di berita tentang anak arwah (Benjy) yang sedang sakit dan memerlukan pertolongan.

"Jika ada rezeki lebih ,marilah kita sama-sama membantu Benjy yang memerlukan. Janganlah kita mempersoalkan atau menghina dia, kerana kita tidak tahu apa akan jadi masa akan datang," ujarnya.

Fasha Sandha, Azean Irdawaty, Benjy

Artikel Lain