suria

Gurauan melampau 'Abang Aziz Jatuh Bot', wartawan buat laporan polis

Wartawan buat laporan polis terhadap sebuah akaun twitter.

WARTAWAN berita TV3 Mohd Ishak Abdillah Ngah yang tular baru-baru ini berikutan video rakan jurukamera jatuh dari bot berang apabila perkara itu dijadikan bahan parodi melampau pihak tertentu.

Mohd Ishak menerusi laman Twitternya berkata, gurauan yang mengaitkan kejadian itu dengan agama adalah keterlaluan.

"Saya rasa ini sudah melampau, tiada akal ke nak bergurau sampai macam ni?" tulisnya.

Menerusi parodi berkenaan sebuah akaun Twitter telah menulis semula dialog Mohd Ishak dan menukar kepada ayat menyentuh soal hari akhirat.

Abang Aziz berada dalam keadaan baik (kiri), isu tersebut turut menjadi gurauan melampau pihak tertentu.

Dia juga pada malam Isnin sudah membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Terengganu untuk tindakan seterusnya.

"Sudah buat laporan polis. Harap polis ambil tindakan terhadap pemilik akaun ini sebelum perkara ini dipanjangkan ke pihak Suruhanjaya Komunikasi Malaysia (SKMM).

Sebelum ini, video seorang wartawan TV3 yang membuat liputan perkembangan banjir di Terengganu mendapat perhatian netizen dengan gelagatnya yang lucu apabila jurukamera dipanggil Abang Aziz terjatuh dari bot ketika bertugas.

Dalam pada itu, wartawan berkenaan turut berkongsi siapa jurukamera berkenaan yang kini berada dalam keadaan baik.

"Inilah Abg Aziz! Ramai yang tanya Abang Aziz ok ke tidak? Abang aziz ok. Abang Aziz kirim salam sayang pada semua," ujarnya. 

Abang Aziz Jatuh Bot, TV3

Artikel Lain