suria

Julia Farhana bantu kanak-kanak, remaja atasi kemurungan

Julia Farhana giat melakukan kerja amal. Foto Instagram @juliafarhanamarin

PELAKON Julia Farhana memberitahu dia kini sedang giat melibatkan diri dalam kerja amal terutamanya membantu kanak-kanak dan remaja yang mengalami masalah kesihatan mental.

Julia, 26, berkata, dia terpanggil untuk melibatkan diri kerana tidak menyangka masalah tersebut sebenarnya banyak dihadapi golongan itu  disebabkan beberapa faktor termasuk tekanan.

"Ketika saya ini sedang bekerjasama dengan sebuah badan amal yang memberi tumpuan kepada kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.

"Jika anda fikir masalah kesihatan mental seperti kemurungan, keresahan, tekanan tidak berlaku kepada kanak-kanak dan remaja, itu telahan silap.

ARTIKEL BERKAITAN: "Cinta itu ada turun, naiknya" - Julia Farhana kembali ke pangkuan Erwin Dawson

Julia semakin mendapat tempat dalam industri hiburan tempatan.

"Atas dasar itu saya terpanggil untuk bantu beberapa rakan saya memperjuangkan perkara ini selain dapat belajar sesuatu yang baharu daripadanya," katanya.

Dalam pada itu, Julia berkata, dia merasakan masih terdapat sekelompok masyarakat di negara ini yang kurang pemahaman mengenai masalah mental dan hanya melihat kepada sudut negatif.

Kata Julia, dia mahu melihat masyarakat membuang pandangan tersebut dan mula memandang serius terhadap isu berkaitan kesihatan mental yang semakin menular.

"Apabila bercakap mengenai masalah mental ada lagi orang yang kaitkan dengan tidak siuman atau gila walaupun hakikatnya berbeza.

"Individu yang mengalami masalah ini boleh dirawat dan pulih seperti sediakala dengan bantuan serta sokongan yang betul dan bukannya persepsi negatif.

"Ini yang saya mahu perjuangkan agar lebih ramai sedar tentang kesihatan mental terutamanya dalam kalangan kanak-kanak dan remaja," ujarnya.

Julia Farhana

Artikel Lain