PELAKON Rita Rudaini menganggap peristiwa yang terjadi sepanjang 2018 adalah pengajaran buatnya untuk menjadi lebih baik, kuat dan positif di masa hadapan. Bagi Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar, 42, setiap kejadian yang berlaku adalah kenangan manis tidak kira buruk mahu pun yang baik. "2018... Setiap kejadian adalah kenangan manis untuk sistur (saya) kerana setiap yang berlaku adalah satu pengajaran untuk sistur menjadi lebih baik, lebih kuat, lebih positif di masa-masa mendatang. "Tak kiralah buruk atau pun baik, semuanya manis untuk 'sistur' (sister) kenang... Setiap kejian dan nista (kata-kata makian), jadikan sistur lebih tabah dan ke hadapan," kata Rita. Rita berkongsi luahan tersebut menerusi laman Instagram miliknya pada Isnin sempena 2018 bakal menutup tirai. ARTIKEL BERKAITAN:"Tak peduli nak kata saya rindu atau gila talak" - Rita Rudaini Rita anggap apa yang berlaku sepanjang 2018 adalah kenangan manis buatnya. Rata-rata pengikutnya di laman sosial memuji kecantikan Rita dan menganggapnya sebagai seorang wanita yang kuat dan tabah. Tahun 2018 memperlihatkan Rita lebih terbuka mendedahkan kehidupan peribadinya termasuklah mengenai bekas suaminya, Aidil Zafuan di laman sosial. Malah Rita juga menghasilkan sebuah buku berjudul Kerana Aku Seorang Perempuan yang mendedahkan dia Aidil bernikah di gudang beras, Selatan Thailand. Dalam pada itu, pelakon filem Mami Jarum ini tidak pernah meletakkan azam tahun baharu dalam kehidupannya namun berharapkan setiap harinya sentiasa ditemani doa yang baik buat dirinya, keluarga dan sahabat. Rita turut menasihati sekiranya seseorang itu tidak boleh mendoakan dengan kata-kata baik, berdoalah untuk hati sendiri supaya berbuat baik kepada manusia lain. Dua anak lelaki Rita masih di bawah jagaannya. "Tidak pernah ada azam baru dalam hidup sistur. Cuma hari-hari selalu ditemani doa yang baik-baik untuk diri, keluarga dan sahabat-sahabat. "Kalau kita tidak mampu untuk mendoakan orang lain dengan perkataan baik-baik. Berdoalah untuk hati sendiri supaya menjadi lebih baik terhadap manusia lain," katanya. Rita dan Aidil berkahwin pada 2008, namun bercerai pada September 2013. Pasangan itu dikurniakan dua anak lelaki, Airit Rayyan Rizqin, 9, dan Airit Qaqa Arjuna, 7, yang kini di bawah jagaan Rita.