ANAK tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Asyraf Khalid menjelaskan anaknya Arif Jiwa masih seorang kanak-kanak yang tidak memahami antara bermain atau membuli. Asyraf menerusi Twitter miliknya membalas komen seorang individu yang menuduh Arif yang baharu berusia setahun itu membuli seorang kanak-kanak lain. "Maaf tentang perkara itu, Arif hanya seorang budak lelaki. Dia tidak faham perbezaan antara bermain dan buli. "Mungkin dia sedikit aktif, bayangan (dia) anak kecil dan ramai yang meminta untuk bergambar ketika itu,” ujarnya. ARTIKEL BERKAITAN: Arif gembira, Asyraf Khalid pula terkejut isteri hamil anak kedua Asyraf membalas komen individu tersebut di laman Twitter pada Isnin. Bagaimanapun, Asyraf meminta individu itu menyampaikan maaf kepada saudaranya yang melalui kejadian itu. "Kanak-kanak tetap menjadi kanak-kanak, tapi tolong beritahu saudara anda saya minta maaf,” ujarnya. Arif yang juga selebriti kanak-kanak itu menemui peminat-peminatnya di Festival Celebfest di Singapura pada hujung minggu lalu. Dikesempatan itu ramai peminat mahu bergambar dengannya. Seorang individu menerusi Twitternya malam Ahad menyifatkan Arif Jiwa sebagai kanak-kanak yang nakal sehingga hampir menyebabkan anak saudaranya menangis. Arif bersama ibunya Tya Ariffin. Individu itu mendakwa Arif yang sedang memegang sebatang pen nyaris mencucuk muka anak saudaranya itu ketika sedang bermain. "Budak lelaki Arif Jiwa yang isteri kepada saudara saya minat itu, agak nakal. Buli anak saudara saya dalam video itu sehingga membuatkan budak itu hampir menangis. Saya akan jauhkan anak saya jika berada di situasi itu. "Tidaklah teruk, biasalah budak-budak. Cuma mak (Tya Ariffin) dia tak tarik anak dia dan biarkan. Macam serahkan anak. Habis anak saudara muka macam dah cebik (menangis). Si Arif pegang pen hampir nak cucuk muka anak saudara saya,” ujarnya.