ISTERI kepada penyanyi Lan Solo iaitu Nur Sheila pada mulanya beranggapan bonjolan yang tumbuh di bahagian belakang paha kiri dan kanannya hanyalah jerawat biasa. Sheila yang mengelar dirinya sebagai KY, 33, berkata jerawat itu menjadi semakin besar sehingga menyebabkan dia tidak boleh duduk dan berdiri lama. "Bermula dua hari sebelum tahun baru hari tu, KY dah mula rasa sakit tapi bila tengok nampak macam sebiji jerawat saja kat belakang paha kiri. Jadi, KY abaikan saja. "Sebab fikir ala jerawat saja ni. Tapi selepas tu tumbuh lagi satu jerawat kat belakang paha kanan pula. KY kerja lagi macam biasa. Sampailah hari nak hantar nak masuk sekolah. "Jerawat membesar dan membesar sampai KY tak boleh duduk, tak boleh berdiri lama. Sakit dia ya ampun, sampai KY takut nak makan. Bila makan mesti nak membuangkan?" katanya. Isteri Lan Solo sudah dibenarkan pulang pada Jumaat. Menurut pemilik nama Nur Sheila Hassim ini, pada malam kejadian itu dia hanya meminta suaminya membeli ubat bisul di farmasi namun jerawat itu semakin membengkak. Bagaimanapun, Sheila masih tetap mahu menyelesaikan kerja dan mengikut Lan membuat persembahan sehingga dia pitam di belakang pentas gara-gara menahan sakit. "Jadi fobia nak duduk kat tandas dan lain-lain. Malam tu KY minta LS (Lan Solo) pergi farmasi beli ubat untuk bisul. Selepas tu bila letak, makin teruk. "Belakang paha KY makin bengkak dan membesar lagi. Semakin perit. Masa ini dah tak lalu makan dah. kerja-kerja pun dah mula terganggu. "Tapi gigih juga pergi show selesaikan apa yang patut. Sampai KY pitam la kat belakang pentas tu sebab menahan sakit yang teramat sangat," ujarnya. Selepas dipujuk Lan, akhirnya Sheila 'menyerah diri' di hospital dan doktor memarahinya disebabkan mengambil masa yang lama untuk melakukan pemeriksaan. Sheila telah menjalani pembedahan untuk membuang bisul atau dikenali sebagai carbuncle selepas diminta untuk berpuasa selama 16 jam pada Khamis. Lan bersama isteri dan anak-anak. Dalam pada itu, Sheila turut menasihati terutamanya untuk golongan wanita menjaga kesihatan diri dan tidak perlu malu untuk mengaku diri tidak sihat. "Jadi, LS pujuk KY untuk pergi serah diri kat hospital. Sampai sana doktor sedikit marah sebab selepas sembilan hari baru nak datang. Ku reda menadah telinga saja. "Sebab salah diri sendiri la kan. Sebab rasanya pergi farmasi tu dah langkah bijak dah. Esoknya setelah 16 jam puasa baru masuk bilik pembedahan. "Ingatkan dah selesai bedah sakit pun hilang la. Rupanya belum habis seksa. Kepada wanita, jaga kesihatan diri. Jangan malu untuk mengaku tidak sihat. Shiela dan Lan, 34, berkahwin pada 6 Disember 2009 dan dikurniakan empat cahaya mata, Nur Amna Qaleesya, 7, Nur Amna Qeesyara, 5, Muhammad Akid Qassyaff, 4 dan Nur Amna Quxandra yang kini berusia 11 bulan.