suria

"Saya dah dapatkan nasihat doktor" - Jawab Mia Ahmad bawa anak usia 4 bulan ke luar negara

Mia pastikan anak sihat ketika bercuti.

PELAKON Mia Ahmad berkata dia mendapatkan nasihat doktor sebelum membawa anaknya lelakinya yang kini berusia empat bulan bercuti.

Kata Mia atau nama sebenarnya, Shamiha Ahmad Baderi, 31, dia memastikan anaknya iaitu Sayf Issa sentiasa berada dalam keadaan sihat sepanjang percutian.

"Ramai tanya Mia bawa bayi kecil lagi terbang sana sini. Mia tidak ada jawapan untuk soalan itu.

"Saya bukan doktor tapi saya dah dapatkan nasihat daripada doktor. Saya pastikan bayi tak selsema dan sentiasa sihat.

"Alhamdulillah, setakat ini dia okey," ujarnya.

Mia menyambut tahun baharu 2019 di luar negara.

Pada Disember lalu Mia dan suami bercuti di Tokyo, Jepun dan kemudian menyambut tahun baharu di German.

Mia berkahwin dengan penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Mohd Izham Tarmizi Roslan pada 13 Januari 2017.

Pasangan itu dikurniakan cahaya mata pertama pada 28 September 2018.

Mia Ahmad

Artikel Lain