suria

Kontroversi sering himpit Diana Danielle sejak kejadian ‘pool party’ pada usia 14 tahun

Diana Danielle

PELAKON Diana Danielle meluahkan rasa simpati terhadap bekas juara Dewi Remaja 2018/2019 Haneesya Hanee yang dihimpit kontroversi di kelab malam minggu lalu.

Diana, 28, berkata, dia pernah melalui pengalaman dihimpit kontroversi yang teruk ketika menceburi bidang seni seawal usia 14 tahun.

Katanya, pada usia tersebut dia berdepan dengan kontroversi apabila foto-foto ketika menghadiri sebuah pesta ketika sambutan hari jadi rakan tersebar.

"Saya tidak pernah berjumpa dengan Haneesya tapi saya dengar ramai orang bercakap tentang dia dan wajahnya seperti seorang kawan baik saya Iman.

"Dia masih muda dan banyak peluang yang ada. Saya teringat ketika zaman muda ketika mula memasuki industri. Pada usia 14 tahun gambar saya sedang bergembira di pool party tersebar. Kami semua rakan-rakan sekolah menyambut hari jadi Iman di rumahnya," tulis Diana di Instagram.

ARTIKEL BERKAITAN: Diana Danielle sambung belajar di Amerika, bawa suami dan anak-anak

Diana Danielle kongsi kisah kontroversi dirinya.

Diana menambah, foto-foto ketika di pesta tersebut bocor dan telah memberikan perlbagai persepsi kepadanya.

Katanya, sejak itu kehidupannya berubah dan dia menjadi seorang artis yang sering dihimpit kontroversi.

"Daripada saat itu kontroversi seperti mengikut saya. Saya seperti membawa satu ‘imej’ selepas peristiwa itu.

"Banyak perkara yang berlaku selepas pada zaman remaja sehingga dewasa saya, saya pernah hilang job, dibatalkan kontrak disebabkan tingkah laku dan sikap sendiri," ujarnya.

Biarpun berdepan dengan pelbagai dugaan sepanjang kehidupannya sehingga kini, dia sentiasa berusaha untuk bangkit semula.

Tambahnya, dia bersyukur kerana rezeki untuk terus bekerja dalam bidang ini dipermudahkan.

“Saya memperbaiki kesilapan dan kekurangan, saya menebal muka dan terus bekerja dan bekerja hingga hari ini.

“Itulah yang perlu anda lakukan pada mata awam, anda akan kehilangan pekerjaan dan gelaran apa sahaja. Saya sangat percaya bahawa rezeki saya tidak akan meninggalkan saya,” ujarnya.

Diana Danielle, Haneesya Hanee

Artikel Lain