suria

“4 tahun lepas sis merupakan makcik-makcik tiada keyakinan diri,” - Noryn Aziz

Noryn Aziz memberitahu dia pernah hilang keyakinan diri namun kembali bangkit. Foto Instagram @norynaziz

PENYANYI Noryn Aziz mendedahkan dia pernah hilang keyakinan diri demi menjadi seorang ibu kepada anak lelaki tunggalnya, Raja Bariq Umar Shah yang kini sudah memasuki usia empat tahun.

Noryn atau Norazmahwati Abdul Aziz, 43, berkata, kesibukan membesarkan anak kesayangannya itu juga menyebabkan dia terlupa tentang soal menyayangi dirinya sendiri.

"Empat tahun lepas sis merupakan makcik-makcik yang tiada keyakinan diri. Sis lupa self love! Untuk menjadi ibu buat Umar yang sangat bijak buat sis sedar," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Persembahan memukau... Noryn Aziz juara Gegar Vaganza 5!

ARTIKEL BERKAITAN: Noryn Aziz kuatkan diri, takkan 24 jam nak termenung!

Nama Noryn yang pernah popular dengan lagu Fantasi O Realiti itu kembali menyinar apabila dia menyertai pertandingan Gegar Vaganza musim kelima (GV5) tahun lalu.

Noryn turut membuktikan bakatnya sebagai penyanyi dan masih diterima baik oleh peminat apabila menjuarai program itu dan menumpaskan peserta lain seperti Zamani, Amelina, Safura dan Maya Ruslee.

Dalam pada itu, Noryn memberitahu tempoh itu sudah cukup untuk membuatkannya sedar sekali gus bangkit dalam menghargai dirinya sendiri termasuk bakat diberikan Tuhan kepadanya.

Katanya, menyayangi diri sendiri juga banyak membantunya dalam menghargai kehidupannya termasuk orang disekelilingnya.

"Sis mesti bangkit dan bijak. Sis kuat dan bakat yang Allah beri sis mesti hargai dan jadi manusia berguna buat diri, anak dan yang memerlukan... Diri ini amat berharga.

Go superwoman go take care of yourself... Self love sangat penting untuk orang yang kita sayang dan menyayangi kita dengan ikhlas.

"Ikhlas... Niat mesti benar for the sake of Almighty," ujarnya.

Noryn Aziz, Gegar Vaganza, GV5

Artikel Lain