suria

“Jangan nak tambah dosa!” Almy Nadia naik angin selepas kena komen hal susu badan

Almy memberitahu dia berhak untuk berkongsi apa sahaja di laman sosialnya.

PELAKON Datin Almy Nadia berang dengan segelintir netizen di laman sosial yang mempertikaikan kenyataan mengenai susu badannya berkurangan selepas dia berpantang dengan sihat.

Almy, 33, berkata netizen tidak perlu menambahkan dosa dengan berdebat tentang perkongsiaan tersebut kerana dia mempunyai hak untuk berkongsi apa sahaja di laman sosialnya.

"Pagi-pagi ni bagi aku marah dan nak jadi hulk. Bod** dan BONGG** sangat dah kenapa!!! Aku kongsi salah tak kongsi salah.

"IG (Instagram) AKU SUKA HATI AKU LA FAHAM!!! Yang hampa (ejaan sebenar ialah hangpa bermaksud anda) nak copy paste lepas tu berdebat bagai nak mati dah kenapa?

ARTIKEL BERKAITAN: “Biarlah Almy macam itu, janji dia sihat” - Fizz Fairuz


Almy berang dengan segelintir netizen yang mempertikaikan kenyataanya sebelum ini.

"Lepas tu masing-masing buat dosa percuma... Hampa (hangpa) semua buat kenyataan lepas tu turut sama bagi aku dosa baca dan marah, dosa faham," katanya.

Pemilik nama Ungku Almy Nadia Ungku Aminuddin Shah ini meluahkan rasa marahnya terhadap netizen di laman Instagram pada Khamis.

Sebelum ini, Almy ada memuat naik status mengenai pengambilan makanan pantang secara sihat disebabkan netizen mahu melihatnya kurus.

Disebabkan dia melakukan diet tidak mengambil sebarang makanan berasaskan gula, minyak dan garam menyebabkan susu badannya berkurangan.

Perkongsian tersebut telah mengundang kritikan netizen yang beranggapan Almy seolah-olah menyalahkan mereka.

Almy dan suami serta anak-anaknya.

Dalam pada itu, isteri kepada pelakon Datuk Fizz Fairuz ini memberitahu netizen tidak perlu mengikutinya di laman sosial jika tidak menyukainya.

"Lepas tu pada yang tak suka aku tak payah nak komen, nak follow aku faham!!! Pergi main jauh-jauh. IG aku suka hati aku apa nak buat!!!

"Jangan nak lagak-lagak ahli muslimah sangat hampa (hangpa) nak buat kenyataan sendiri!!! Faham," ujarnya.

Almy kini masih dalam proses berpantang selepas melahirkan anak perempuan ketiga bernama Nur Afrina Ayra pada 15 Disember tahun lalu.

Dia dan Fizz yang mendirikan rumah tangga pada 2014 memiliki dua orang anak, Nur Afrina Arianna, 4, Nur Afrina Aurora, 3, dan seorang anak angkat Nur Afrina Darwisyah, 10.

Almy Nadia, Fizz Fairuz

Artikel Lain