suria

Fara Hezel sedia terima kecaman gara-gara berambut perang

Fara Hezel tampil berani dengan rambut berwarna perang bagi memberi kelainan kepada imejnya. Foto Instagram @farahezel

PENYANYI Fara Hezel sedar tindakan beraninya tampil dengan imej rambut berwarna perang akan mendapat kecaman netizen.

Kata Fara, dia sudah bersedia dengan perkara itu apabila membuat keputusan tersebut kerana sebagai selebriti dia tidak dapat lari daripada kritikan masyarakat.

"Sebagai selebriti saya sedar setiap tindak tanduk saya akan memberi kesan tetapi itulah lumrah dunia seni dan saya pun sudah fikir akan kesannya," kata Farah.

Imej rambut perang Fara hanya untuk sementara.

Dalam pada itu, Fara memberitahu dia bertindak menukar imejnya kerana ingin tampil dengan pembaharuan berbanding tahun sebelumnya.

Pun begitu kata kakak kepada penyanyi sensasi Aiman Tino ini, imej tersebut hanya sementara dan dia akan kembali dengan warna rambut asalnya.

"Selain ingin tampil kelainan, imej ini juga bersempena dengan kemunculan single terbaharu saya yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

"Jadi imej ini tidak akan kekal lama tambahan pula lama-kelamaan warna rambut ini akan luntur dan kembali kepada asal," katanya.

Fara Hezel

Artikel Lain