suria

"Juara lagu diadili awal, malam itu hanya vokal dan persembahan terbaik sahaja" - Adibah Noor dedah cara penjurian AJL

Hanya vokal dan persembahan sahaja diadili pada malam AJL.

PENYANYI Adibah Noor mendedahkan bahawa pemenang Anugerah Juara Lagu 33 (AJL33) sebenarnya sudah diadili lebih awal sebelum berlangsungnya persembahan pada pentas final acara berprestij itu.

Adibah menerusi laman Twitternya berkata, hanya Vokal Terbaik dan Persembahan Terbaik sahaja dipertandingkan pada malam tersebut.

"Kamu semua perlu tahu bahawa juara lagu sudah diputuskan lebih awal iaitu sebelum malam pertandingan. Malam ini hanya enjoy persembahan saja lah ya.

"Barisan pengadil yang dipaparkan tadi sudah decide lama dah. Malam ni mereka pilih yang dua kategori tu je," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Haram’ juara AJL33, Hael Husaini dan Ezra Kong rangkul anugerah dua tahun berturut-turut


Pendedahan Adibah Noor berkenaan cara penjurian di Twitter miliknya.

Kenyataan tersebut mendapat perhatian netizen yang menyangka keseluruhan persembahan diadili pada malam pertandingan.

Perkara itu menimbulkan pendapat bahawa penyanyi tidak perlu membuat persembahan secara bersungguh-sungguh berikutan keputusan sudah pun ada.

"Itulah kadang-kadang kecewa sebab yang nyanyi entah apa-apa sekali menang, sebab malam ni untuk vokal dan persembahan sahaja," ujar netizen.

Barisan pemenang AJL33.

Malahan ada yang faham dengan konsep pertandingan yang membuat penilaian terhadap lagu dan lirik bukannya kehebatan vokal dan cara penyampaian semata-mata.

"Ada betulnya sebab AJL ni untuk penilaian lirik lagu, fungsi nyanyian untuk terjemahkan lirik lagu dalam bentul yang boleh didengar," ujar netizen.

Bagaimanapun, Adibah berkata, dia tidak pasti sama ada cara penjurian yang sama dibuat ketika dia memenangi pertandingan tersebut menerusi lagu Terlalu Istimewa pada 2006.

Lagu ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong berjudul Haram muncul sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL 33) yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil Kuala Lumpur pada Ahad malam.

Lagu Haram nyanyian Hael dan Dayang diumum juara AJL33.


Lagu tersebut dinyanyikan sendiri oleh Hael bersama Dayang Nurfaizah.

Naib juara AJL33 pula milik lagu Bunga ciptaan Hang Nadim, Laq dan Kadok nyanyian Ara Johari.

Tempat ketiga milik lagu Sampai Bila ciptaan Sharon Paul, Fedtri Yahya dan Shah Shamshiri berjudul Sampai Bila.

Penyanyi lagu tersebut Misha Omar dipilih sebagai pemenang Vokal Terbaik sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000 berserta trofi, manakala Persembahan Terbaik pula milik  Sufian Suhaimi menerusi persembahan lagu Di Matamu.

Adibah Noor, AJL33, Haram

Artikel Lain