suria

Promosi drama tanggungjawab pelakon, tak perlu disuruh - Saharul Ridzwan

Saharul bintang utama drama Selafaz Cinta.

PELAKON Saharul Rizwan berpendapat seseorang pelakon seharusnya bertanggungjawab untuk mempromosikan drama yang mereka bintangi.

Saharul, 30, berkata, perkara itu tidak perlu disuruh biarpun sudah tertera di dalam kontrak.

"Dalam kontrak memang ada syarat kita perlu buat promosi tapi bagi saya ia tidak perlu disuruh sepatutnya ia menjadi tanggungjawab masing-masing.

"Saya sendiri meletakkan diri saya sebagai seorang pekerja kepada produksi dan produksi sebagai majikan yang membayar saya untuk drama mereka.

"Ia win win situation antara pelakon dan produksi,” ujarnya kepada mStar Online.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘No more!’ Bintang utama ‘Dia Menantu Rahsia’ antara pelakon bakal disenaraihitamkan

Salah satu babak dalam drama Selafaz Cinta bersama Syatilla Melvin.

Saharul mengulas isu yang ditimbulkan penerbit Datuk A Aida yang kecewa apabila pelakon utama drama terbitannya Dia Menantu Rahsia tidak mempromosi drama terbabit di laman sosial mereka.

Bagaimanapun, pelakon drama Jangan Benci Cintaku ini berkata, pandangan orang berbeza-beza dalam isu tersebut.

Katanya, sebagai seorang yang mencari rezeki dalam bidang seni, dia tidak terlalu berkira dalam hal berkenaan.

"Pendapat orang lain-lain, ada yang pelakon yang mendapat kepuasan dan hanya mahu berkarya dalam watak yang mereka bawa.

"Bagi saya yang mencari rezeki dalam bidang ini menganggap jika sebuah drama itu berjaya ia memberi reputasi yang baik kepada kita untuk mendapat tawaran lain,” ujarnya.

Saharul ditemui pada majlis tayangan episod akhir drama 60 episod berjudul Selafaz Cinta.

Drama tersebut turut dibintangi oleh Syatilla Melvin, PU Riz, Riz Amin dan Puteri Aishah.

Saharul Ridzwan

Artikel Lain